apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

14.1.11

SOROK SYABU DALAM KAPSUL DALAM PERUT! HEBAT?

anda nak tahu? seorang lelaki warga iran berumur 50an sanggup menelan kapsul berintikan 'syabu'. bukan sikit kapsul tu, 137 jumlahnya dengan 750g syabu. 

macam mana tahu@dikesan? 

begini:- 

lelaki iran ni baru tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) kira-kira jam 7 petang, semalam. di situ, dia mengadu sakit perut sebelum kakitangan LCCT menghantarnya ke sebuah klinik swasta berhampiran yang kemudian merujuk kes ke Hospital Putrajaya. 

Sampai di HP, satu pembedahan cemas dibuat ke atasnya. doktor yang melakukan pembedahan itulah yang terkejut bila mendapati dalam perutnya ada kapsul-kapsul berisi dadah itu. 

apa kata polis?
Kami akan menunggu sehingga lelaki itu sihat sebelum soal siasat bagi mengenal pasti daripada mana dadah diperoleh dan ke mana ia hendak dihantar.
apakah malaysia terlalu mudah untuk dilepasi kastamnya di airport sehinggakan ramai warga luar yang datang dengan kejahatan mudah lepas begitu sahaja?

terima kasih mymetro.

sofi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.