Langkau ke kandungan utama

Sindiket nikah untuk VIP

PALSU...kad nikah yang dikeluarkan sindiket.
kad nikah palsu

lelaki, tak kiralah muda atau tua, mempunyai satu naluri yang tidak dapat dibendung iaitu berkahwin lebih daripada satu. yang mampu ke, yang tak mampu ke.....tetap punya keinginan yang sama. dapat tak dapat, lain cerita. 

sebab itu, untuk menikah kali ke 2 (selalunya nak nikah kali ke 2 ni yang susah sikit....) bermacam-macam cara dicuba. terutama bila isteri pertama menentang keras. tu yang ramai sanggup menyeberangi sempadan malaysia-thailand tu.... dan terkini, ada yang menggunakan sindiket nikah pula. 

khabarnya, sindiket nikah terbaru ini amat popular di kalangan VIP. dato', tan sri, dato' seri yang mana takut bini tu, kan... hah... dioranglah!! 

sindiket ni best sesangat! kenapa? owhh, sebab ia menyediakan satu pakej serba lengkap dengan sijil nikah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). dah ramai VIP yang menggunakan sindiket ni sebab selain dapat sijil nikah palsu tu, bayaran yang dikenakan amatlah berpatutan iaitu RM3,000. lepas tu pulak,  majlis ringkas ijab kabul dibuat di hotel sekitar KL (tak payah ke siam dah!) dan pengantin perempuan hanya perlu bawa saudara lelaki terdekat mereka sebagai wali.
Khidmat disediakan sindiket itu mendapat sambutan sebab pengantin lelaki tidak perlu bersusah payah melalui prosedur berpoligami yang agak ketat di pejabat agama atau membelanjakan kos yang tinggi untuk bernikah di negara jiran.
tapi itulah.... perempuan yang menjadi isteri muda ni tak pernah nak berfikir panjang-panjang. ingatnya, 
kusangka panas hingga ke petang
bila tiba-tiba badai melanda rumah tangga dan mereka mengambil keputusan untuk bercerai, maka terbongkarlah hakikat yang pahit yang terpaksa ditempuhi iaitu...
perceraian tidak dapat disahkan kerana perkahwinannya tiada dalam rekod atau tidak pernah didaftarkan di Jawi. apa akibatnya? masalah besarlah jawabnya kerana dia tidak berhak membuat tuntutan nafkah dan sebagainya. 
tak ke haru?

setakat ini, sudah diterima 8 aduan daripada lapan wanita yang menjadi mangsa sindiket berkenaan.
Sekali imbas, memang sijil dan kad nikah dikeluarkan sindiket itu seperti tulen, tapi selepas kami menyelidikinya betul-betul didapati tandatangan yang tertera di atas dokumen berkenaan bukan tandatangan individu yang mempunyai kuasa, sebaliknya tidak diketahui ia tandatangan siapa.
entah-entah ada orang dalam JAWI terlibat kot? di zaman ini, bukan nak tuduh ke hapa, kan... tapi duit boleh menggelapkan pandangan walau orang berjanggut atau berkopiah sekalipun, betul tak?

terima kasih metro untuk isu yang panas ini.

sofi

Ulasan

  1. Naper orang lelaki takut bini? Dan naper ada lelaki yg tak takut bini, bini di tendang terajang or disimbah asid.... almaklumlah kuasa di tangan lelaki..

    BalasPadam
  2. @mamawana
    begitulah jika hidup tidak berlandaskan agama, kan?

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…