apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

8.1.11

SEMINGGU DALAM 2011

assalamualaikum dan selamat sejahtera

dah seminggu kita melewati 2011. dah macam-macam yang berlaku dan macam-macam yang kita dengar. 
di persada hiburan, seorang artis muda yang baru berusia 32 tahun meninggal kerana sakit jantung. aku baru nak minat lakonannya, dia dah dijemput ilahi. innalillahiwainnailaihiroji'unnn.....
sampai semalam, kepala aku pening, tak nak fikir, fikir jugak. tertanya-tanya jugak..betulkah? hisy, takkan, kot? dah tua dah, takkan dia sanggup buat macam gitu...? lagipun dia tu orang yang terkenal.... 

hmm, begitulah pengaruh blog. anda tulis, betul atau salah, dosa dan pahalanya, anda tanggunglah. cuma kenalah ingat..... memfitnah itu satu dosa, ya! kesian si rais yatim tu kalau apa yang anda tulis itu hanya satu pembohongan!!
kenal jamal abdillah? dia antara nama besar yang berpeluang menyanyi di istana budaya berkali-kali. tahniah pada dia yang kini sedang berkonsert di situ. 

kalau anda betul-betul hendak kenal penyanyi malaysia bersuara 'jantan', inilah dia orangnya. yang terpilih dalam rancangan realiti tv tu..... 

jauh!!! hehe...

okey, itu aje...  


sofi

2 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.