Langkau ke kandungan utama

SAKITNYA MENJADI ANAK TIDAK SAH TARAF

assalamualaikum dan selamat sejahtera


pernahkah anda terfikir akan... 

apakah perasaan anak anda bila di saat dia akan diijabkabul, baru dia menyedari bahawa dia bukan anak anda tetapi dia lah si anak yang bergelar anak tidak sah taraf? 

atau, pernahkah anda terfikir......

apakah perasaan anda sendiri bila di saat anda akan diijabkabulkan, baru anda menyedari bahawa anda bukan anak emak dan bapak anda tetapi andalah anak tidak sah taraf? 

pernah tak anda fikirkannya?

seorang gadis baru sahaja mengalaminya dan ini sebuah kisah benar yang menyayat hati. 

gadis yang aku namakan aiza ini seorang anak yang baik. telah diberikan didikan agama yang sempurna, seorang lepasan ijazah di sebuah pusat pengajian tinggi dan merupakan anak sulung kepada pasangan suami isteri yang juga berjawatan tinggi. 

kisah sedihnya bermula bila setelah hampir 3 tahun aiza bercinta, pasangannya, aku namakan daud, ingin melamar. betapa bahagia, kan?   

semakin hampir hari bahagianya, bersama-sama rancaknya  persediaan yang dibuat untuk majlis perkahwinannya, dia melihat keresahan ibu dan bapa. Akhirnya, dua bulan sebelum dia melangkah ke gerbang bahagia, ibu dan ayah mengaku dan memberitahu bahawa dia anak tidak sah taraf. mereka mengaku bahawa ketika mereka dinikahkan, si ibu sudah ter 'mengandung' dengan aiza berumur empat bulan di dalam kandungan. 

bolehkah kita menyelami perasaan aiza kala itu? kehidupannya yang indah tiba-tiba berubah? kebahagiaannya direnggut oleh ibu dan ayahnya sendiri? dan semuanya gara-gara dia ialah anak tidak sah taraf?

perkara pertama yang aiza lakukan ialah memberitahu kepada lelaki kesayangannya tentang siapa dirinya sebenar. bertanya, apakah si dia masih sudi menerima setelah status diri bertukar dari anak sebenar kepada anak tidak sah taraf? fikirnya, dia perlu memberitahu agar nanti sewaktu akad nikah, pihak lelaki tidak terkejut melihat dirinya berwali hakim. 

tunangnya tenang menerima namun malangnya, keluarga lelaki itu tidak memahami. bagi mereka, aiza gadis yang kotor. bagi mereka, status diri aiza sebagai anak tidak sah taraf, sangat hina. bagaimana mungkin dia diterima masuk ke dalam keluarga mereka?

lantas, pertunangan diputuskan. tanpa rela namun terpaksa. dua jiwa merana. terseksa dan terpisah. kasihan mereka, kan?

kadang-kadang, bila terbaca kisah anak-anak muda yang terjebak dalam keseronokan sementara antara lelaki dan perempuan, hati kecil ini diterjah kerisauan. 

frankly, aku cukup risau melihat hubungan rapuh sebegini. kadang-kadang, baru jumpa satu hari, dah kena tangkap khalwat di hotel. yang perempuan merelakan, yang lelaki pula mengambil kesempatan. 

apa jadi bila si perempuan ter 'mengandung'? 

ada pasangan yang berkahwin namun apakah dosa berzina itu terhapus? kasihan pada anak yang dilahirkan, dibesarkan, dan akhirnya di hari pernikahan....terpaksa pula dia berwali hakim kerana bapa yang selama ini dianggap ayahnya tidak boleh menjadi wali, tidak juga adik-adik atau bapa-bapa saudaranya. 

bayangkanlah perasaan kecewa yang dialaminya! bayangkan! 

itu, kalau mereka jadi berkahwin. bagaimana kalau menerima nasib semalang aiza?

ingatlah, setiap apa yang dipesan dan ditegah, semuanya demi kebaikan masa depan aku, kau dan kita bersama.  

fahamilah.....

sofi. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…