apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

12.1.11

SAKIT JANTUNG MENYERANG LELAKI MUDA

awas kaum lelaki.... ini berita negatif untuk anda. 

sejak akhir-akhir ini, kebanyakan kes melibatkan sakit jantung bukan sahaja melibatkan insan-insan tua tetapi turut menyerang orang muda hingga menyebabkan kematian mengejut.

kematian pelakon popular, Mohd. Faisal Yusup, 33 yang dipercayai diserang sakit jantung membuatkan orang ramai terfikir, betapa jahatnya penyakit jantung. pendek kata, penyakit ini bukan lagi penyakit pak cik, mak cik. Bukan juga penyakit orang kaya sahaja! bukan!

Menurut kajian Unit Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang dijalankan Perunding Kardiologi PPUM, Dr. Ahmad Syadi Mahmoos Zuhdi, 20 peratus pesakit jantung terdiri daripada mereka yang berumur 40 tahun ke bawah. Hasil kajian juga menunjukkan lebih 95 peratus terdiri daripada lelaki.

Pakar Perunding Kardiologi, Pensyarah Kanan PPUM, Dr. Zul Hilmi Yaakob memberitahu, kajian itu bertujuan membuat perbandingan antara statistik pesakit muda dan tua. Statistik itu menunjukkan pesakit yang berumur 40 tahun ke bawah meningkat.
Kebanyakan pesakit mempunyai gaya hidup yang tidak baik termasuk aktif merokok. Pesakit juga tidak tahu bahawa mereka menghidap sakit jantung sehinggalah pemeriksaan dibuat. Ada juga pesakit menganggap sakit dada sebagai penyakit biasa kerana tidak menyangka ia sebenarnya sakit jantung sebab umur masih muda.
Justeru itu, beliau menasihatkan orang ramai menjalankan gaya hidup sihat, berhenti merokok dan segera membuat pemeriksaan di bahagian kecemasan hospital jika tiba-tiba mengalami sakit dada.

tanda anda sakit jantung ialah:-

* Rasa tidak selesa pada dada. Pesakit seolah-olah merasakan ada sesuatu yang menekan.
* Rasa sakit ini kemudiannya menular ke leher seolah-olah ada sesuatu yang mencekik.
* Rasa lenguh pada lengan terutama ketika bekerja atau melakukan sesuatu aktiviti, bagaimanapun rasa lenguh ini akan hilang apabila pesakit berehat
* Sukar bernafas seolah-olah ada sesuatu yang menikam pada dada
* Pedih perut iaitu seperti ada angin atau menghidap gastrik.
* Kepala berpusing
* Badan lemah serta berpeluh sejuk.

sayangi jantung anda, okey....

rujukan: utusan

sofi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.