apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

12.1.11

SAJA SUKA-SUKA....

budaya membuli ini memang sudah lama wujud di sekolah-sekolah berasrama. teringat kisah lampau ketika baru masuk ke smk teknik, alor setar. hari kedua, bila terjaga... tu dia!! muka penuh putih, disapu dengan colgate. terkejut bila memandang cermin...ingat mimpi ke hapa...atau ingat dah nampak hantu..hehe

mungkin itulah yang membezakan: 'buli' dulu, dengan buli sekarang. dulu, semuanya masih boleh diterima akal. tak adanya hendak dendam mendendami sebab selepas seminggu, masing-masing bersalaman.... dan boleh menjadi kawan yang akrab kemudian.

malangnya, budaya membuli hari ini lebih bersifat hendak mendera. suka benar gamaknya melihat 'adik-adik' kesakitan. apakah kerana ingin membalas dendam akibat di 'seksa' pada tahun sebelumnya? 
ketika menahan kesakitan, depa (mereka) pukul lagi tanpa belas kasihan, bila saya tanya kenapa, depa kata saja syok-syok,

syoklah sangat! kerana tidak memikirkan akibat perbuatan bodoh itu, kini, polis menahan lima pelajar berusia 15 tahun (pelajar yang syok tu??) dan mereka dibawa ke mahkamah hari ini untuk direman dengan kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

kenapa ya, remaja hari ini suka benar membuat sesuatu tanpa berfikir? kalaupun tidak memikirkan tentang ibu atau ayah yang bakal malu dengan perbuatan anda, fikirkanlah masa depan sendiri. susah sangatkah?

jika anda ingin tahu apakah yang aku repekkan ini, sila terjah .......di sini

sofi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.