apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

25.1.11

Pernahkah terfikir??


gadis muda ini bernasib malang. 

kerana cinta, dia terpedaya janji manis seorang lelaki. 

kerana cinta, jiwa dan raga diserahkan. 

manalah dia tahu, dirinya akan ditinggalkan sebaik dia hamil? 

manalah dia tahu, dia terpaksa berhadapan dengan masyarakat, sendirian... menerima hinaan dan 'menikmati' pandangan jijik mereka. 

manalah dia tahu...ini takdirnya??

ketika dia bersalin, anak itu mati. dia diuji lagi. dia dituduh membunuh anak yang sememangnya tidak diingini..... dia didakwa...dia dipersenda.... hanya dia!! 

nasibnya baik kerana kelmarin, hakim memutuskan dia tidak bersalah atas tuduhan pendakwaraya mengatakan dia membunuh bayinya. dia dibebaskan dan dalam linangan air mata, dia mengucap syukur ke hadrat Ilahi. 

pernahkah terfikir betapa malang nasib gadis ini? segala rasa ditanggungnya sendirian. dia dipandang serong oleh masyarakat. dia dihina oleh masyarakat. dia dibenci oleh masyarakat.....

kenapa hanya dia? 
it takes two to tango!!!
kalau tidak ada lelaki yang menggoda, akan hanyutkah dia?

kalau tidak ada lelaki yang berjanji setia, apakah akan diserahkan mahkotanya? 

kalau tidak ada lelaki itu, bolehkah dia mengandung?

di manakah lelaki durjana itu? 

pernahkah anda terfikir bahawa mungkin tika dan saat ini, dia sedang menggunakan ketampanan wajahnya untuk menggoda gadis yang lain?

pernahkah anda membayangkan bahawa pada ketika ini, dia sedang menuturkan janji manis bermadu kepada gadis lain?

pernahkah terdetik di hati apakah mungkin dia kini sedang meniduri anak dara yang lain untuk ditinggalkan, sebagaimana yang dilakukan kepada gadis malang tadi?

alangkah bertuahnya menjadi lelaki dan alangkah malangnya menjadi seorang perempuan, kan? 

fikir-fikirkanlah...

sofi

2 ulasan:

  1. salam cikgu sofi, sy sendiri mmg dah lama terfikir betapa malangnya menjadi perempuan, byk perkara yg menjadikan wanita itu x baik, janda, mangsa rogol, penggoda, pisau cukur, menantu, andartu, penkid, bohsia, pelaxxr, GRO, penanggung beban yg lelaki x nak buat...
    ...1 perkara je yg indah...syurga di bawah tapak kaki ibu...(itupun kekadang dinafikan haknya)
    ...tapi. ALLAH MAHA MENGETAHUI..
    -leen-

    BalasPadam
  2. @Anonymousterima kasih, leen. mmg setuju dgn anda, wanita kini seolah2 menjadi semakin malang

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.