Follow Us @soratemplates

20.1.11

pentingnya GPS... kalau tahu gunalah, kan?

budak lelaki berumur 12 tahun yang ibunya namakan  kristen richardson ini memang 'gifted' gamaknya. bayangkan, telefon bimbit ibu yang dicuri orang...dapat dicari menggunakan gps!! wow!


kristen dapat mengesan kedudukan telefon itu dengan menggunakan komputer riba ibunya menerusi GPS kerana dia telah memuat turun satu aplikasi keselamatan telefon ke dalam telefon bimbit ibunya. dia mendapati telefon bimbit itu berada beberapa meter dalam sebuah rumah di sebuah kampung. menerusi Google Street View di Internet, dia kemudian melihat alamat rumah tersebut sekali gus dapat melihat gambar rumah berkenaan.

Ibunya kemudian menghubungi polis bagi memberitahu alamat rumah tersebut.


Menurut akhbar Daily Mail, beberapa anggota polis kemudian pergi ke rumah tersebut dan menemui telefon bimbit itu. Seorang lelaki berusia 21 tahun di dalam rumah itu kemudian mengaku dia 'mengambil' telefon tersebut semasa ibu kristen berada di sebuah bar. 


Menurut seorang jurucakap polis, kes itu diselesaikan menerusi pendekatan komuniti apabila si pencuri telefon tersebut menulis surat meminta maaf kepada pemilik telefon. - Agensi

sumber: kosmo

n3 ini n3 autopublish

sofi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.