apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

25.1.11

Pengantin baru tidur dalam lokap.

RAMPAS...Abdul Ghafar (kanan) menunjukkan dadah yang dirampas.
di alor setar, satu pasangan suami isteri yang baru seminggu berkahwin sudahpun menjadi penghuni lokap. jika sabit pula kesalahan nanti, mereka berdua akan dihukum mati kerana kini pengantin baru ini sedang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki terbabit dengan kegiatan pengedaran dadah.

tak serik-serik? atau tak takut mati? ini bukan kali pertama mereka ditahan malah dah berkali-kali. kebal sungguhkah? 

heran betullah! selalunya pengedar dadah, kaya raya, tapi mamat ni pulak ketika ditangkap sempoi aje naik modenas bawak dadah (agaknya untuk diedarkanlah tu!!) fikirnya, tak kan polis syak kot?

itulah...tupai yang pandai melompat pun boleh jatuh atas tanah, inikan pulak untuk kena tangkap... ada yang bagitau, jalanlah anda... 

tahniah polis! anda memang cekap! lepas ni pastikan dia tak edar dadah tu dalam penjara pulak. iyalah, kan... mana tahu!

nak baca berita sepenuhnya? di sinilah....

sofi


6 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.