Langkau ke kandungan utama

PELUANG UNTUK LEPASAN SPM..REBUTLAH!

assalamualaikum dan selamat sejahtera



selepas hampir sebulan menamatkan peperiksaan SPM dan STPM, apakah yang anda sedang lakukan saat ini? aku yakin, ramai yang sudah mencari peluang bekerja di pusat-pusat membeli belah dan juga di restoran-restoran makanan segera. 

kenapa bekerja? tentu sahaja untuk menampung kos ketika hendak memasuki universiti nanti, betul tak? 

sesungguhnya, kos sara hidup kita yang semakin meningkat memaksa ibu bapa merelakan anak-anak bekerja demi untuk membantu meringankan beban kewangan keluarga. anak-anak yang sedar akan masalah yang dihadapi ibu bapa pasti mengambil kesempatan ini untuk membantu. mudahlah nanti bila masa panggilan masuk ke universiti. tidaklah terkial-kial ibu dan ayah meminjam ke sana, ke mari. 

begitupun, jangan lupa bahawa selain bekerja, anda sebagai bakal pelajar universiti perlu melengkapkan diri dengan persediaan untuk menjadi warga menara gading. di universiti, perkara yang paling perlu tentunya komputer dan kemahiran menggunakannya. kerana itulah, anda perlu mencari peluang untuk sambil menyelam, sambil anda minum air. 

tak perlu risau sebenarnya. anda kini boleh sahaja menghubungi talian 03-20704081, atau menghubungi laman web ini atau, kalau anda orang KL, pergi sahaja ke alamat ini....ke kampus induk Institut Generasi yang terletak di 51-53 Jalan Leboh Ampang, 50100 Kuala Lumpur (berdekatan dengan Stesen LRT/Star Masjid Jamek).

apakah yang ditawarkan oleh Institut Generasi?

Institusi Generasi (Generasi) antara institusi yang telus membantu pelajar yang ingin mengubah masa depan dengan pelbagai program diperakui majikan mahu pun membantu ketika melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi.

Antara program ditawarkan generasi adalah asas komputer, kursus menaip dan pengurusan.

Institut Generasi menawarkan pelbagai program selama empat bulan yang boleh diikuti secara sepenuh masa dan separuh masa.

Hingga kini hampir 10,000 pelajar sudah menamatkan pengajian dan kebanyakannya mengambil jurusan kedua serta berpeluang menyambung pengajian ke peringkat diploma di bawah kelolaan Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. 

Bagi 100 pelajar terawal yang mendaftar, mereka berpeluang menyertai kursus Komunikasi Bahasa Inggeris secara percuma selama empat bulan itu. Mereka yang berminat menyertai program ini boleh mendaftarkan diri sebelum 5 Januari 2011 ini.


cepat-cepat pergi daftar, ya! esok tarikh tutupnya tu. 

sofi


sumber: metro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…