apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

18.1.11

PEJABAT PM BRITAIN ADA CIK CT

GAMBAR yang disiarkan akhbar Daily Mail semalam 
menunjukkan seekor tikus (dalam bulatan) 
berjalan di belakang wartawan, Garry O'Donoghue 
yang memberi penjelasan mengenai dasar kerajaan 
di depan pejabat Perdana Menteri Britain di 10 Downing Street, London.


seekor tikus mondok dengan berani berjalan keluar di 
hadapan orang ramai semasa seorang wartawan, Garry 
O'Donoghue memberi penerangan mengenai dasar kerajaan di depan pejabat Perdana Menteri Britain, David Cameron.

Tikus itu yang berlari di depan bangunan pejabat 

Cameron berada di belakang wartawan tersebut dan ia 

dapat ditonton oleh penonton. Ketika kejadian, 

wartawan itu menjelaskan kepada penonton mengenai 

rancangan Perdana Menteri Britain untuk melakukan 

pembaharuan ke atas sektor awam.

Wartawan itu juga tidak menyedari kehadiran tikus 

berkenaan. Seorang penonton berkata, dia seolah-olah 

tidak percaya mengenai tikus itu yang menunjukkan 

keberanian dengan berlari semasa kehadiran orang 

ramai.

Sebelum ini, terdapat kucing yang sesat di pejabat itu 

dan ia tinggal semasa pentadbiran tiga orang bekas 

perdana menteri iaitu Margaret Thatcher, John Major 

dan Tony Blair.

Kucing itu mati pada 2006. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.