Langkau ke kandungan utama

PATUTKAH ANAK LELAKI DIAJAR MOP LANTAI RUMAH?

ada orang tanya aku, perlu tak suruh anak lelaki buat kerja rumah seperti masak, basuh kain, basuh pinggan, mop dan sebagainya?

aku jawab, perlu. 

anda setuju tak?

tak? kenapa? bukankah sekarang ni, kita perempuan kebanyakannya bekerja? kalau anak-anak lelaki x tolong kita, kesian kat diri kita, kan? penat tau. dahlah di pejabat ke, di sekolah ke, sibuk dengan kerja dan segala macam paperwork, balik rumah semua kita kena buat... wah, tension!!!

ni ada beberapa pendapat di dalam utusan malaysia yang aku sisipkan:-
Bagi saya anak lelaki perlulah diasuh untuk melakukan kerja rumah kerana dapat mendisiplinkan diri di samping memberi kesenangan kepada mereka menguruskan diri apabila sudah dewasa dan tinggal bersendirian. Umur 10 tahun adalah paling sesuai untuk mula mengajar mereka melakukan kerja rumah kerana pada tahap ini mereka sudah tahu membezakan kebaikan dan keburukan.
- MOHD ZULHIJAS RIZUAN, 29, pekerja swasta.
ANAK lelaki memang patut diajar melakukan kerja rumah seperti mengemas, memasak dan lain-lain seawal usia 10 tahun. Apabila mereka meningkat dewasa, sedikit sebanyak ilmu yang mereka pelajari dapat membantu mereka untuk hidup berdikari walaupun masih belum berkahwin. Kebanyakan lelaki, apabila berkahwin mereka akan menyerahkan tanggungjawab melakukan kerja rumah kepada isteri. Ini cara dulu kerana sekarang isteri juga sama-sama mencari nafkah, jadi kerja rumah juga mesti dikongsi dengan suami.
- ASIAH LIMIN, 52, pekerja kilang.
MENGAJAR anak lelaki melakukan kerja rumah memang patut dilakukan oleh kedua ibu bapa seawal anak berusia 10 tahun. Di samping mengajar mereka hidup berdikari, ia juga mampu meningkatkan tahap keyakinan dalam diri mereka. Kesannya, apabila mereka meningkat dewasa, mereka tidak kekok untuk melakukan kerja rumah.
- MOHD. SHAHRIZAN AMRAM, 32, pekerja bank.

kebanyakannya bersetuju supaya anak lelaki mula diajar buat kerja rumah ketika usia mereka 10 tahun. 

kaum lelaki, bukan tujuan nak buli you all, okey! juz nak pastikan supaya anak lelaki dapat menjadi anak yang bertanggungjawab terhadap keluarga mereka bila mereka berkahwin nanti. 

sofi

Ulasan

  1. takde masalah, rasanya ramai lelaki yg suka memasak contohnya, kalau anak sulong lagila kena tau buat semua kerja

    BalasPadam
  2. Saya setuju. Anak-anak saya telah diajar melakukan kerja rumah sejak kecil lagi. In fact, anak lelaki saya boleh dikira pakar memasak. Bila dia ada, senang sikit saya ni sebab dia yang akan membantu saya di dapur. taklah penat...

    BalasPadam
  3. @Mina Mahanie
    tahniah... boleh kita berbesan ni hehe....

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…