Langkau ke kandungan utama

PADAN MUKA BAPAK!!!


apakah perasaan lelaki yang layak dipanggil jantan keparat ini? berapa banyakkah syaitan yang bergantung di leher dan di tubuhnya? aku tidak mengerti...

sayu membaca petikan akhbar ini. sanggup seorang ayah merogol anak kandungnya sendiri? bapak apakah? tapi aku bersyukur kerana dia dihukum dah. hukuman dunia... 

nanti di akhirat, kalau tidak juga bertaubat nasuha.... tanggunglah lagi!!
Seorang pengawal keselamatan hari ini dijatuhi hukuman penjara selama 18 tahun serta 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah mengaku bersalah merogol anak kandungnya yang berusia 12 tahun sebulan di kawasan kebun jati, Felcra Lubok Sireh dekat sini November lalu.
Hakim Wan Norzanuar Wan Ahmad memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada November lalu.
Pada 3 Disember lepas, di mahkamah yang sama tertuduh, 38, yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah atas tuduhan merogol anak kandungnya pada 22 November 2010 kira-kira pukul 4.30 petang di kawasan kebun jati, Felcra Lubok Sireh namun hukuman ke atasnya ditangguhkan ke hari ini.
Tertuduh yang menetap di Felcra Lubok Sireh kelihatan tenang menerima hukuman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan itu.
Menurut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh mengajak anak perempuannya itu mencari rebung di kebun itu dan apabila sampai di tempat kejadian telah mengarahkan mangsa membuka seluar sebelum merogolnya.
Tertuduh turut mengugut mangsa agar tidak memberitahu sesiapa namun mangsa telah membuat laporan polis. - Bernama
semoga hukuman seberat itu mampu memberi ingatan kepada bapak-bapak di luar sana bahawa anda adalah pelindung anak-anak perempuan bukan 'haruan jantan yang makan anak' belajarlah menghargai anugerah, ya...anak adalah anugerah DIA kepada kita.

sofi.

Ulasan

  1. org mcm ni patut tanam hidup2 je,biar padan ngn muka haih !

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…