apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

18.1.11

NORMAN HAKIM MENJAWAB ABBY

aku bukan suka sangat nak masuk cerita kahwin, cerai, gosip mengarut ni, tapi bila tengok gambar mamat ni, encemlah pulak, kan? masuk sikitlah, ya. 

sekarang ni, sejak bukak sekolah, norman dengan makwe dia asyik kena hentam dengan bekas isterinya, si abby. aku malas nak komenlah tentang hubungan mereka. pening!

cuba anda baca perbualan norman dengan wartawan di bawah:-

Kosmo!: Kenapa Norman tak pernah tampil untuk menjelaskan isu 'tersebut' (anda tentu tahu isu apa, ya?) selepas Abby mendakwa Norman dan Memey tinggal serumah?
NORMAN: Saya tak komen sebab sibuk dengan macam-macam (hal). Dengan anak orientation (orientasi sekolah) lagi. Lagi pun isu tu macam sengaja (diadakan). Dia sengaja nak highlight (tonjolkan) benda ni. Saya tahu pun lepas keluar dalam media. Saya sibuk sangat-sangat. Lepas hal daftar sekolah, anak saya kena chicken pox (demam campak) pula. Lepas tu (sibuk) dengan penggambaran lagi.
Jadi apa komen Norman mengenai isu itu?
Actually (Sebenarnya) kami keluar breakfast (bersarapan) masa tu. Memang lepas makan tu, saya nak pergi ambil anak untuk daftar sekolah. Mula-mula hantar anak perempuan (Marisa Dania ke sekolah tadika) register (daftar) pagi, kemudian yang lelaki (Danish Hakim) pula sesi petang.
Bila Abby telefon, ketika itu Norman sedang bersarapan di mana? Kenapa lambat pergi ambil anak?
Makan di Wangsa Maju, dekat downtown Seri Rampai. Actually (Sebenarnya) bukan lambat pun, saya memang dah plan (rancang) sebab perlu daftar dua orang anak sesi yang pagi dan petang. Jadi saya ingat nak pergi in between (di tengah-tengah tempoh tempoh masa tersebut), untuk lebih mudah.
Selepas mendapat tahu mengenai isu itu kenapa tidak bagi kenyataan balas untuk menjelaskan kepada peminat?
Pada saya, saya tak nak komen sebab benda ni kalau saya cakap apa-apa takut nanti orang salah tafsir. Actually (Sebenarnya) saya tak tahu pun isu ni. Saya tak sempat nak ikuti. Bila dah keluar baru saya tahu. Benda ni sebenarnya personal sangat-sangat. Saya ada juga tahu melalui Facebook anak-anak sebab link (pautan) dengan Abby. Nothing (tiada) yang surpise (mengejutkan). Tak ada yang menggemparkan sebenarnya. Terlalu personal.
Selepas keluar isu itu, ada tak mana-mana pihak yang kecam Norman? Ada sebarang impak terhadap tawaran lakonan atau penggambaran?
Benda ini personal, tak ada kaitan dengan karier. Kerja urusan kerjalah. Tak boleh campur.
Justeru, apa tindakan Norman sekarang?
Bila keluar isu itu, saya sebenarnya tak tahu macam mana nak react (bertindak balas). Kalau saya ambil apa-apa tindakan nanti, takut jadi ibarat meludah ke langit, akhirnya kena kepada saya semula.
Norman tak takut ke anggapan negatif terhadap Norman dan Memey? Peminat boleh anggap isu tinggal serumah itu betul kerana Norman mendiamkan diri sahaja?
Sebenarnya pada hari saya mendapat tahu tentang hal itu, saya berada di lokasi penggambaran, tak sempat nak over look (ambil tahu). Saya pun tak nak ambil kisah pasal benda ni. Biarlah dia orang nak cakap apa pun.
Perancangan perkahwinan dengan Memey? Jadi ke tidak? Sampai bila nak tangguh?
Memang ke arah itulah. Sebenarnya macam-macam nak kena selesaikan. Macam graf la, naik sedikit demi sedikit. Belum ada special date (tarikh khusus) lagi, but in this year (tetapi dalam tahun ini), 2011.
Apa perkembangan terkini Norman?
Saya sekarang sibuk dengan penggambaran drama Ipar Duai. (Juga) Sibuk dengan urusan anak-anak yang baru bersekolah.
tang ni, aku salut kat norman atau gf dia. x ada serangan balas. alhamdulillah. dah matang dah depa, hmm. kahwinlah cepat-cepat, boleh elakkan pelbagai fitnah, man oi!

thanks to kosmo
sofi 

2 ulasan:

  1. mcm2 la kisah diorang tak abis2 kan...

    BalasPadam
  2. @efa
    salam, belajarlah mencari kesalahan diri sebelum saling kutuk mengutuk

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.