Follow Us @soratemplates

5.1.11

NAK NAIK TU....

assalamualaikum dan selamat sejahtera
        
ada berita-berita yang bikin aku panas pagi ini. dan, aku yakin, anda juga pun sama. apa dia? owhh...

1. kenaikan harga minyak ron 97 sebanyak 10 sen lagi. 

aduhai... hebat betul hidup di zaman najib ni. semua benda yang peniaga 'besar' mintak naik, dia bagi naik tapi bila mintak naikkan gaji penjawat awam..... macam-macam alasan diberikannya. uwaaa......
Pada 1 November lepas, harga petrol RON 97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter dan pada hujung bulan itu juga ia sekali lagi mengalami kenaikan sebanyak 15 sen menjadi RM2.30 sen seliter.
tengok tu, dalam tempoh lingkungan 3 bulan aje naik 3 kali. konon sebab kerajaan dah tak bagi subsidi minyak. alasan....

2. minyak masak dah berkurang di kedai-kedai dan pasaraya..

tu, tak lain nak naikkan hargalah tu. macam gula dulu... lepas sorok, naiklah 20 sen ke, 30 sen ke.... ingat lagi? kita pulihkan ingatan semasa gula hilang dulu, kan? bila rakyat merungut mengenai kenaikan harga yang tinggi, apa depa yang duduk di 'kerusi empuk' tu kata...
inilah masa, rakyat malaysia mengurangkan pengambilan gula bagi mengurangkan kadar pesakit diabetes. 
lepas ni, kita tunggu apa pulak najib dan menteri perdagangan si saberi cik tu nak jawab. mungkin.....
eloklah harga minyak dinaikkan. anda, rakyat malaysia bolehlah mula makan ikan bakar. kerana minyak boleh mengumpul lemak pada jantung dan menyebabkan penyakit jantung yang kronik.
 3. dalam entri sebelum ini bacalah balik, ya... hehe.


sumber.....utusan

sofi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.