apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

13.1.11

NAK CAKAP KE TIDAK?

SAYA meminati seorang gadis dan kami berkawan 11 tahun. Sejak tahun lalu, saya mula menyimpan perasaan terhadapnya.
Saya tidak pernah meluahkan isi hati saya pada si dia. Lama-kelamaan saya mula berfikir, jika saya tidak meluahkan isi hati saya kepadanya secepat mungkin, kemungkinan saya menyesal kerana terlambat. Tidak mungkin saya boleh mencari wanita lain sebaik dirinya.
Apa perlu saya lakukan dan bagaimanakah cara terbaik untuk meluahkan isi hati saya padanya? Pada masa dan suasana manakah yang sesuai untuk meluahkan perasaan ini?
Mahu tapi malu, gitu! 


tak sangka, ada juga lelaki yang pemalu sebegini. tapi apapun, syukur alhamdulillah, kerana di bumi malaysia yang tercinta ini, akhlak dan sikap baik, berpekerti mulia, masih meluas di kalangan anak bangsa kita, anak melayu.


begitupun, malu itu biarlah berpada. kalau dah jatuh cinta tapi malu meluahkan, apa kes? buatnya si dia jatuh cinta kepada orang lain? atau, buatnya ada lelaki yang lebih 'gentleman' mengorat, berputih mata pulak nanti...kesiannnn....


kesimpulannya, jangan takut untuk meluahkan perasaan anda sekiranya anda sudah jatuh cinta kepada seseorang. andai sudah meluahkan dan cinta anda berbalas, bercintalah... 


tetapi, 


andai kata hatinya tidak mampu anda miliki, terimalah kenyataan dan carilah gadis yang lain, janganlah frust menonggeng..


sofi

2 ulasan:

  1. betul tu, kita must be practical,berpijak dibumi yang nyata, cuba cari yang lain yang akan lebih menghargai kita tapi jika hati gadis itu masih belum dimiliki, bolehlah cuba hingga berjaya, yang penting don't give up dan yg lain tawakkal dan redha ketentuan Allah

    BalasPadam
  2. @niah
    mmm.... usah itu penting...menangi hatinya..

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.