apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

22.1.11

nak bercinta? usia bukan penghalang

biasalah, bercinta dan berkahwin, baik bagi pasangan muda mahupun yang dah lanjut usia terjadi kerana perasaan kasih, sayang dan cinta ialah anugerah Tuhan paling istimewa untuk manusia.

bagi yang muda, cinta melibatkan nafsu tentunya. tapi kalau dah tua? janganlah menuduh mereka ni gatal pula. 

orang tua bercinta dan berkahwin semula selepas isteri/suami meninggal mungkin kerana mereka sunyi. anak dan cucu tidak mungkin dapat mendengar keluhan mereka sepenuh hati berbanding wanita/lelaki baru yang bergelar suami/isteri. 

jadi, relakanlah pernikahan orang-orang tua ini, wahai anak-anak. janganlah menuduh mereka yang bukan-bukan. jangan marah pada mereka. sokongan anda tentu memberi makna kepada ayah/ibu yang sudah lama menduda. doakan kebahagiaan mereka. 

rujukan: sini

sofi.  

2 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.