apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

2.1.11

MINYAK KELAPA DARA

assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pokok kelapa adalah satu-satunya pokok yang semua bahagiannya berguna. dari batang ke daun, dari sabut ke isi, dan minyak... memberi manfaat kepada manusia. 

Kini, kita didedahkan pula kepada minyak kelapa berjenama... hehe..jenama tu.. minyak kelapa dara. pernah dengar, kan? jadi marilah kita lihat, apakah dia minyak kelapa dara ini. 

Minyak kelapa dara diproses tanpa menggunakan haba. tidak juga menggunakan apa-apa bahan kimia. 

okey, kita mulakan dengan buah kelapa itu sendiri. dalam kelapa ada lemak tepu yang dapat memberi pelbagai kesan positif ke atas kesihatan manusia. pernah dibuat kajian ke atas penduduk Kepulauan Pasifik. didapati, mereka amat sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti penyakit jantung atau kanser. 

apakah sebenarnya minyak kelapa dara

diulangi di sini bahawa, minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. maknanya di sini, tidak ada proses masak memasak atau mencampur benda asing dalam proses pembuatan minyak kelapa dara, okey.

Berbeza dengan proses penyediaan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu menghasilkannya. jadi, pemanasan menyebabkan struktur asal dalamannya berubah. 

Selama 40 tahun kempen dan kajian Negara Barat yang menentang penggunaan minyak kelapa secara meluas sebenarnya adalah ditujukan kepada minyak kelapa biasa dan bukannya minyak kelapa dara. 

Minyak kelapa dara sebenarnya amat sukar dicari di pasaran kerana proses penghasilannya yang rumit malah tidak banyak orang perseorangan mahupun syarikat IKS yang melibatkan diri dalam bidang ini.

Pada tahun 1966, seorang penyelidik yang merupakan professor farmakologi dari Universiti Michigan telah membuat suatu penemuan besar yang mencungkil rahsia alam yang disimpan oleh minyak kelapa dara. 

Beliau mendapati bahawa minyak kelapa dara berupaya membunuh virus, bakteria, kulat dan parasit. penemuan ini bererti, minyak kelapa dara berupaya melawan atau menyembuh pelbagai penyakit. 

Kajian-kajian dekad seterusnya telah mendapati bahawa minyak kelapa dara memberi pelbagai kesan positif seperti berikut:
meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan
meningkat kadar metabolisma badan
anti kepada virus, bakteria, kulat dan parasit semulajadi
anti oxida semulajadi
meningkat fungsi kelenjar tiroid
melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari
tidak meningkatkan kepekatan atau platlet darah
meningkat penghadaman dan penyerapan khasiat makanan
berupaya menurunkan berat badan
meningkat pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan manusia
membekal sumber tenaga dengan cepat
melembab dan melembutkan kulit
mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit
mengurangkan kesan keracunan makanan
membakar dan mengurangkan kolesterol dalam badan
menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
mengurangkan risiko dan kesan penyakit jantung
mengurangkan risiko dan kesan darah tinggi
mengurangkan risiko dan kesan kencing manis
mengurangkan risiko dan kesan demam
mengurangkan risiko dan kesan batuk biasa
mengurangkan risiko dan kesan batuk kering
mengurangkan risiko dan kesan selsema dan resdung
mengurangkan risiko dan kesan demam campak dan cacar air
jadi, apa tunggu lagi? belilah sebotol minyak kelapa dara hari ini dan simpanlah atau gunakanlah ia. 


sofi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.