apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

29.1.11

minyak dagu pengikat kasih?

terkena sihir atau dipukau atau apa jua istilah untuk ilmu hitam ini, memberi impak yang bukan sedikit kepada mangsa. 


pada suatu ketika, si dia adalah seorang yang amat penyayang, menyintai anda sepenuh hati. malangnya, sebaik dia ter'kena', sama ada melalui makanan atau minuman, atau mungkin juga melalui renungan..... dia 'hilang'..... anda akan menjadi musuhnya selagi tidak ada inisiatif untuk berubat secara rohaniah.

kata orang, minyak dagu orang mati adalah ubat guna-guna paling mujarab. sekiranya si pemakai menyapu minyak dagu ini di tubuhnya dan dijampi mantera kepada orang yang ingin di'miliki', maka, orang itu pasti tunduk, pasti akan jatuh cinta. bukan sekadar jatuh cinta, malah akan menyerahkan segala-gala sehinggalah dirinya sudah tidak diperlukan lagi. 

dulu, aku sering menganggap cerita sebegini sesuatu yang mustahil namun....aku akur juga pada takdir. Allah berfirman......
Mintalah kepadaku, nescaya akan aku perkenankan doamu
minta yang baik atau minta yang tidak baik, terserah anda. tapi, kalau hati anda busuk dan meminta kerosakan ke atas insan lain, maka natijahnya di kemudian hari? anda tanggunglah!

berbalik kepada ilmu hitam dan minyak dagu mayat ini, bacalah kisah menyayat hati seorang artis/pelakon wanita popular ini di dalam metro.

semoga menjadikan kita manusia yang lebih berhati-hati dalam hidup ini.

sofi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.