Langkau ke kandungan utama

MENANG SALAH! KALAH? KALAHLAH...

di Malaysia ini macam dah jadi satu trend. tiap kali ada pertandingan, ada pemenang, maka kemenangannya itu akan dipertikai. dahlah begitu, cara mempertikai itu langsung tak dapat difahami. tak pro langsung!

bacalah ayat-ayat ini.....
1. Ana Raffali menyanyi sambil menguap tak sedap langsung 
2. Tolong Ingatkan Aku? Memang aku tak nak ingat dia yang menang
3. Aku tak kisah orang lain tetapi kenapa Ana Raffali
4. Ana Raffali penyanyi syok sendiri suara tak sedap dan lagu entah apa-apa.
Kemenangan Ana Raffali menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku pada Anugerah Juara Lagu Ke-25 (AJL25) anjuran TV3 kelmarin ternyata kurang disenangi sesetengah pihak. Selain tindakan penonton yang terus meninggalkan Stadium Putra Bukit Jalil sebaik sahaja lagu berkenaan diumumkan sebagai pemenang, terdapat banyak komen yang mempertikaikan pemilihan lagu itu dalam blog tempatan.

Ada yang menulis, mengatakan lagu itu membosankan, tidak ada daya penarik selain tiada kekuatan yang diperlukan untuk diangkat sebagai juara. dan, rasa tidak puas hati itu mendorong pihak tertentu melepaskan rasa tidak senang mereka di Internet termasuk mewujudkan akaun Facebook dengan menggunakan nama 'Kami Tidak Bersetuju Ana Raffali Menang AJL25'.

Lalu, tercatatlah apa yang tertera di atas. Hai, perkara remeh temeh itu pun hendak dipanjang lebarkan. lantaklah siapa yang menang pun. bukan isu negara tuh! 

pelik! memang pelik orang-orang malaysia ni, kan?

Ulasan

  1. skrg xmcm dlu2..bleh agk sape yg mng n mmg ptt mng...
    tp skrg lain,sllu yg mng x kt jgnkakan...
    nsb baik xtgk...hehehe...
    ckupla stkt tau kputusan...

    BalasPadam
  2. nama pun manusia...
    x pe apa pun saya tetap sokong keputusan juri...mereka lebih arif kenapa ana rafali patut menang..

    BalasPadam
  3. @Anonymous
    sebenarnya, kak sofi pun x tengok hehe...

    BalasPadam
  4. @seed169
    betul tu...juri lebih tahu, kan?

    BalasPadam
  5. itulah kak... memang dah jadi sikap rakyat Malaysia kot asyik nak pertikaikan jer semua benda.

    bengang bila artis yang mereka suka tak menang kot. Apa yang saya faham juara lagu tu penilaian berdasarkan melodi dan lirik. Pihak juri dah fikir dan bincang apa yang terbaik.

    p/s: tak minat ana rafali.. harap Black menang tapi tak apalah kan.. adat bertanding... ^_^

    BalasPadam
  6. @MissNera
    minda begini kalau x diubah.. alamatnya tak ke manalah kita. asyik hentam dan menghentam ajelah...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…