Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

aku benci lelaki ini. sungguh tidak bertanggungjawab! sungguh jahat. orang lain, yang baik-baik begitu kepingin mempunyai anak, berusaha ber...

melampau betul!

By Januari 27, 2011

aku benci lelaki ini. sungguh tidak bertanggungjawab! sungguh jahat. orang lain, yang baik-baik begitu kepingin mempunyai anak, berusaha berbagai-bagai cara untuk berpeluang mengandung..... tapi dia? allah kurniakan dia harta paling berharga malangnya dia tidak menghargainya. 

di PERMAISURI, pahang,  seorang lelaki memukul, menerajang 4 anaknya hanya kerana si kakak tersilap membeli rokok untuknya. sudahlah begitu, lelaki kurang ajar ini kemudian menghalau mereka dari rumah. 

lebih menyedihkan, sifat kejam bapa kanak-kanak terbabit bukan kali pertama berlaku kepada mereka, malah sudah beberapa kali diterajang, disepak dan dihentak dengan hulu parang dan dicucuh dengan puntung rokok.

semua terbongkar bila kesan kecederaan itu dikenal pasti apabila anak-anak malang itu dibawa polis ke Hospital Setiu untuk rawatan semalam, selepas mereka ditemui orang awam dalam keadaan menyedihkan dan kesejukan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi memberitahu satu laporan polis diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu dan semua kanak-kanak berkenaan kini ditempatkan di Hospital Setiu. Katanya, laporan dibuat orang ramai yang terserempak dengan kumpulan kanak-kanak terbabit dalam keadaan tidak bermaya, sebelum mereka menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.
 "Sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi dimaklumkan dan membawa mangsa ke hospital untuk rawatan, sebelum mereka didapati cedera akibat didera.”
nasib baik, lelaki berumur 58 tahun itu sudahpun ditahan reman. hai... entahlah... buat anak pandai, jaga anak, sayang anak..tak tahu! grrr...

sumber: kosmo

sofi

You Might Also Like

0 comments

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.