Langkau ke kandungan utama

MASIHKAH CINTA? 10

assalamualaikum dan selamat sejahtera

jemput baca kisah luqman...


Luqman terhenyak di atas kerusi yang bertentangan dengan Dr Haris. Wajahnya yang tampan kelihatan cukup sedih. Betapa tidak! Perkhabaran yang diterima daripada doktor pakar di hadapannya ini benar-benar tidak pernah diduga. Dia tidak pernah menyangka.


“Mengapa dia tak pernah beritahu saya, doktor? Kami amat rapat. Sejak kecil, dia bagaikan abang saya di rumah anak yatim tu. Kenapa bila dia sakit teruk begini, saya tak tahu?” ujar Luqman. Nada suara bercampur baur antara marah dan geram. Antara kesal dan kecewa.


Dr Haris merenung wajah sedih Luqman. Terlalu banyak yang pernah diceritakan Sameon kepadanya tentang lelaki ini sehinggakan dia merasa amat kenal dengan Luqman. 


Dalam diam, Dr Haris mengakui kata-kata Sameon yang Luqman benar-benar mengambil berat tentang lelaki itu. Segala perincian tentang penyakit yang dihidapi Sameon ingin diketahuinya. Segala jenis perancangan untuk menyembuhkan penyakit yang sedang dideritai Sameon ingin dicuba. Jelas, Luqman tidak mahu menerima hakikat betapa keadaan Sameon sudah terlalu kritikal.


“Doktor, tolonglah! Tolong selamatkan dia. Dia saja keluarga yang saya ada. Hanya dia!” bisik Luqman perlahan, dalam tangis yang tertahan. Dia tidak mahu menangis. Dia mahu menjadi seorang yang kuat. Untuk Sameon! Demi Sameon!


Dr Haris bangun merapati Luqman. Bahu anak muda itu ditepuknya perlahan-lahan.


“Kami akan mencuba sedaya upaya kami, Encik Luqman. Tapi, kami tidak dapat menjanjikan apa-apa kerana ada yang lebih berkuasa di atas sana, kan?”


Luqman terus terdiam. Rasa lemah mendengar pengakuan Dr Haris. Tahulah dia bahawa kini Sameon hanya menunggu masa untuk dipanggil pergi. Sedihnya dia kerana Sameon tidak memberinya kesempatan untuk berbakti kepada lelaki itu. Rasa bersalah menghantui diri kerana alpa, tidak pernah mengambil tahu keadaan Sameon selama ini.   


Ketika dia memasuki kamar luas di wad yang hanya dihuni oleh Sameon, dia melihat sahabat baiknya itu sedang lena di atas katil. Wayar yang mengalirkan darah memasuki tubuh, berselang seli dengan wayar antibiotik dan I.V. cairan lainnya, sungguh membuat hati Luqman gundah. Dia duduk di sisi katil, menarik kerusi perlahan-lahan, bimbang bunyi tarikan akan mengganggu lena temannya.


“Kenapa, Meon? Kenapa kau tak cakap pada aku? Kenapa kau tanggung sengsara sorang-sorang? Kenapa?” soalnya sambil menggenggam erat tangan Sameon. Air mata yang tadi tertahan, menitis juga akhirnya.


Sameon membuka sepasang mata perlahan-lahan. Hiba hatinya melihat Luqman tika ini. Dia tahu, Luqman terkilan dengan sikapnya. Dengan perbuatannya. Namun, dapatkah dia memberitahu betapa dia malu dengan Luqman? Sudah berkali-kali Luqman berpesan kepadanya supaya berhati-hati dalam memilih perempuan untuk ditiduri. Khilafnya dia, dia tidak kisah siapa perempuan yang didekati, semuanya disapu bersih. Dia bukan seperti Luqman yang memilih.


Kini, dia menerima bahana perbuatannya. Dia menerima akibat keterlanjurannya. Dia dijangkiti penyakit kelamin. Sehubungan dengan itu pula buah pinggangnya menjadi rosak. Hati juga. Kata doktor, semua itu akibat terlalu banyak minum.


Mengetahui semuanya hampir 3 bulan lalu, membuat Sameon hilang arah. Dia hilang tujuan. Dia hampir putus asa. Bagaimanapun, nasibnya baik kerana dia dipertemukan dengan seseorang. Dan seseorang itu ialah Qistina.


Dia yang mencari Qistina sebenarnya. Dia yang telah menceritakan segala-gala tentang dirinya kepada wanita itu. Menceritakan tentang hubungannya dengan Luqman, dan bagaimana keadaan Luqman bila Qistina terus-terusan menolak lelaki itu jauh daripada hidupnya.


Sameon tahu, sukar untuk Qistina menerima sebuah persahabatan daripada insan bernama lelaki. Tapi, dia tidak berputus asa. Dia mahu, selepas dia meninggal dunia, Luqman ada pengganti dirinya, tempat mengadu jika sahabat baiknya itu memerlukan seseorang.


“Man...”


Perlahan-lahan Luqman menautkan pandangan ke wajah Sameon. Air mata segera diseka. Dia tidak mahu Sameon melihat kesedihannya.


“Kenapa sedih? Aku masih belum mati, Man!” Sameon cuba melawak namun Luqman tidak gemar mendengar. Baginya, itu bukan sesuatu yang melucukan.


“Kalau kau mati tadi, aku ni dah jadi pembunuh sahabat baik aku sendiri, tahu!” marahnya.


Sameon ingin ketawa tetapi dia tidak mampu di saat rasa sakit yang keterlaluan dirasai kini.


Melihat kerutan di dahi itu, Luqman segera meminta maaf, “Meon, aku mintak maaf. Aku tak sengaja nak buat kau tadi. Aku...”


“Cemburu kau tahap gaban! Dengan aku pun kau nak cemburu.” Desah Sameon sambil melirik ke penjuru bilik di mana sejak tadi, Qistina menjadi saksi keakraban hubungan dua sahabat.


Luqman turut menoleh. Ketika padangan mereka berpadu, ada getar dalam hati yang tidak tertafsir. Wajah jelita itu tetap seperti air kolam yang tenang, tidak beriak, membuat debar makin ketara.


“Macam kau, Tina dah macam adik aku, Man. Tapi, antara kita, aku lebih bernasib baik sebab Tina sudi jadi sahabat dan sudi tolong ajarkan aku, bimbing aku kembali ke jalan yang benar. Tapi, aku yakin, lepas ni, dia jugak sanggup jadi sahabat kau. Sanggup bersama kau dalam susah dan senang. Kan, Tina?”


Suara yang terlontar cukup perlahan tetapi suasana bilik yang sunyi sepi tentu sahaja mampu melantunkan mesej kepada Qistina. Saat ini, wajahnya sedang merona kemerahan. Dalam pandangan redup Luqman terhadapnya, dia bagaikan hilang pendirian seketika.


Kenapa ada getar ini? Kenapa ada debar ini? Kenapa resah? Kenapa gelisah? Luqman hanya seorang lelaki, tidak ada bezanya dibandingkan dengan lelaki-lelaki lain. Tapi, mengapa perasaan yang sudah lama hilang ini muncul semula?


Sesungguhnya, Qistina tidak mahu merasainya lagi. Kesakitan lama terlalu mencengkam dalam hati dan dia tidak sudi menanggung seksa luka itu lagi! Namun, bila Luqman menghampiri, menatap lembut wajahnya, merenungi sepasang matanya dalam-dalam, dia hanya terpaku. Dalam keresahan. Dalam gementar.


“Aku minta maaf. Aku tak patut marah kau tadi. Aku, aku...”


Tidak pernah dia kehilangan kata-kata namun kini, dia tidak tahu apa lagi yang harus diucapkannya kepada wanita ini.


“Tak apa. Saya tahu awak tak berniat nak marah saya, kan?” bisik Qistina lembut.


Aduhai... melayang semangat Luqman ketika ini. Wanginya dunia sekitar. Damainya jiwa. Rasa bahagia menerpa. Keindahan perasaan tidak terungkap kerana setelah sekian lama, ini kali pertama, Qistina berlembut dengannya.


Adakah harapan untuknya selepas ini? Adakah ruang tersisip untuk dirinya? Adakah peluang untuk mendekati? Untuk memiliki?


Bersabarlah menanti.

Ulasan

  1. kan dah kena baling.. Allah tau niat kamu tu tak baik lukhman pasal tu kamu tak berjaya nk dekat dgn qina...

    BalasPadam
  2. @miznza84
    marah nampak pd luqman...hehe

    BalasPadam
  3. baru tau siapa tina, cayalah tina hentam saja si buaya tu, supaya dia ingat siapa diri dia

    BalasPadam
  4. amboi..
    pasang strategi baru lak

    BalasPadam
  5. @Anonymous
    hehe.... ya, kasi hentam sam dia, kan?

    BalasPadam
  6. @MaY_LiN
    hero mana boleh kenal erti putus asa, kan?

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…