apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

5.1.11

MASALAH BAM, ANGKARA SIAPA?

assalamualaikum dan selamat sejahtera
      


Selamatkan diri kamu terlebih dulu sebelum selamatkan orang lain. 
Itulah satu pesanan Datuk Misbun Sidek (kanan) kepada anak didiknya, Datuk Lee Chong Wei yang mahu meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berikutan keputusannya meletakkan jawatan sebagai jurulatih perseorangan pasukan badminton negara.
Wow, nasihat itu begitu menusuk. mengapakah sampai begitu sekali bunyi ayatnya? tentu ada sesuatu, kan? 


kita baca lagi....
Namun, jurulatih berusia 51 tahun itu enggan berbicara lanjut, sekali gus menimbulkan tanda tanya maksud di sebalik pesanan kepada anak emasnya itu. Misbun yang ditemui di rumah keluarganya di sini semalam juga enggan mengulas lanjut berhubung keputusannya untuk meletak jawatan secara mengejut, Jumaat lalu.
BAM ada masalah dalamanlah tu! apa lagi? ada orang gila kuasa, tentunya. 


persatuan sukan di malaysia ni tak pernah serik. pemain, jurulatih yang bertungkus lumus di gelanggang, yang dipuji melambung bila menang, yang dimaki hamun bila kalah, terpaksa bersaing dengan pegawai, pengurus, serta segala macam jawatan 'tempelan'.


kasihan mereka. tumpuan akhbar pada mereka seolah-olah...merekalah penderhaka. tapi sebenarnya, orang-orang di belakang tabir, yang mentadbir tanpa tahu 'sepatah haram' tentang sukan itu bertepuk tangan girang. aduhh.....
“Terlalu berat untuk saya perkatakan mengenainya. Ia terlalu sensitif,” kata misbun. 
Presiden BAM, Datuk Mohd Nadzmi Salleh, perlu buat sesuatu. Jangan biarkan gejolak itu menular. jangan kasi peluang kepada pegawai-pegawai yang suka mengampu dalam BAM itu terus-terusan mengganggu pemain dan pengurus. sukan memerlukan orang-orang seperti chong wei dan misbun, bukan orang-orang yang nak pegang reket badmiton pun, mereka tidak tahu. okey...


emo pulak pagi-pagi begini...huhu

sumber......bharian
sofi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.