apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

19.1.11

MARAH ISTERI PUKUL MENTUA... ADEHHHH

lelaki ini dan isterinya yang berkahwin dua tahun lalu memang mengalami masalah rumah tangga kerana sering bertengkar. dia berusia 30an sementara isterinya, 20an. 


peribahasa lama berbunyi, "marahkan anak tangan-tangankan, marahkan isteri tinggal-tinggalkan" nampaknya mempengaruhi tindakan lelaki ini. tetapi, dia lebih agresif kerana sikapnya yang panas baran. 



Suspek iaitu si suami, berang apabila isterinya enggan patuh kepada arahannya supaya pulang ke rumah sebaliknya terus menghadiri majlis pertunangan adiknya (adik isteri). kerana marah, bukan sekadar cermin dua kereta dipecahkan, malah bapa mentua dan adik ipar sendiri turut dicederakannya semasa dia naik angin itu.  

Sumber polis berkata, selepas mengamuk, menantu berkenaan meninggalkan tempat kejadian, tetapi kerana  kemarahannya nyata belum reda,  apabila dia menghubungi adik iparnya yang berusia awal 20-an kira-kira jam 10 malam kononnya mahu berjumpa bagi menyelesaikan masalah yang berlaku.

“Adik iparnya yang ditemani dua rakan berusia awal 20-an serta bapanya pergi menemui suspek di sebuah restoran berhampiran kawasan perumahan mereka.


“Bagaimanapun, semua mereka tiba-tiba diserang sekumpulan 10 lelaki tidak dikenali bersenjatakan kayu dan besi dipercayai rakan suspek,” katanya.


Sumber itu berkata, walaupun dapat melarikan diri, dua daripada empat mangsa termasuk bapa mentua suspek cedera pada tangan dan badan.

“Keempat-empat mangsa membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Jinjang. Dua daripada mereka yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan,” katanya.

Sumber polis berkata lagi, suspek bagaimanapun ditahan berhampiran kawasan rumahnya kira-kira jam 11 malam kelmarin, namun rakannya yang lain masih dikesan. dia direman selama lima hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

dalam  metro

sofi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.