Follow Us @soratemplates

28.1.11

Malaysia perlukan akauntan!

kepada anda yang baru sahaja habis belajar di universiti, mahupun yang masih belajar di bidang akaun di pusat-pusat pengajian tinggi, tentu sahaja berita ini boleh membuat anda tersenyum lebar, kan? 

ya, malaysia sedang mengalami kekurangan akauntan yang mahir dalam bidang kewangan dan perakaunan. bererti, malaysia memerlukan ramai lagi tenaga kerja dalam bidang itu, kata Rakan Kongsi Urusan KPMG Mohamed Raslan Abdul Rahman.

mengapa kurang? macam mana boleh berlaku begitu? 

jawapannya....
kerana bidang tenaga kerja itu mendapat permintaan yang tinggi di negara-negara lain.
ini bererti, bidang akauntan ini bukan sahaja diperlukan dalam negara malah ia mempunyai masa depan cerah di luar negara juga.

bagi anda yang ada masalah kewangan semasa belajar akaun di ipta/ipts, KPMG Malaysia sehingga ini telah mengagihkan RM500,000 di bawah Tabung Amanah Pendidikan syarikat itu kepada para 20 pelajar cemerlang dan yang memerlukan bantuan.

Tabung itu dilancarkan pada 2003 melalui sokongan sumbangan dari rakan dan bekas rakan KPMG dan bertujuan mempromosikan pendidikan tinggi di dalam bidang perakaunan dan kewangan. - Bernama

apa tunggu lagi? rebutlah peluang keemasan ni, adik-adik...

sumber: kosmo

sofi

2 ulasan:

  1. HEHE momo student akaun gak..insyallah one day jadi akauntan yg profesional :)

    BalasPadam
  2. @momochan
    tahniah... insyaallah anda tidak akan menganggur nnt

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.