apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

23.1.11

Love bite ke Drakula bite?

di new zealand, lain pula ceritanya. seorang wanita yang berumur 44 tahun lumpuh lengan kirinya. doktor-doktor yang memeriksanya bingung mengenai punca dia diserang strok. biasalah, kan... doktor. mereka perlu mencari punca kepada setiap penyakit yang ditanggung pesakit. kalau tidak, macam mana hendak mengubati penyakit yang dihidapi, betul tak?

cari punya cari, akhirnya mereka jumpalah penyebabnya itu. nak tahu apa dia? hehe...memang melucukan! 'The Love Bite!' - tanda ciuman cinta di bahagian leher wanita itu. maka terlerailah kekusutan kes misteri serangan strok tersebut.
macam-macam, kan? 

apa kata doktor? 
disebabkan ia merupakan ciuman cinta, terdapat sedutan yang kuat. jadi, terdapat darah beku di dalam arteri di tempat sedutan itu dibuat. darah beku tersebut tidak dapat bergerak menyebabkan strok itu berlaku. 
Wanita itu pulih selepas dirawat dengan ubat antibekuan. - Agensi

sumber: kosmo

sofi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.