apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

9.1.11

Lelaki kini lebih ‘bergantung’ dari berdikari

assalamualaikum dan selamat sejahtera
tengok tu...ke dua-duanya nampak begitu bersemangat, kan? anda rasa, di antara mereka, siapakah yang akan sampai di garisan penamat terlebih dahulu? si lelaki atau si perempuan?

sebab aku perempuan maka aku yakinlah bahawa si perempuan akan sampai dulu. kenapa? sebab, kaum hawa ni, bila dia dah nekad nak buat sesuatu, pasti akan dilakukannya bersungguh-sungguh. eh.. lelaki pun camtu juga? iya ke? di zaman ini? eleh... 

kini, hari ini, aku dan anda harus mengakui bahawa wanita diiktiraf sebagai penyumbang penting kepada ekonomi dan sekali gus juga
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. sudah jelas bahawa 
di sebalik kelembutan wanita, mereka telah berjaya melonjakkan 
ekonomi negara bersama-sama dengan kaum Adam. buktinya, di 
kelantan, wanita dilihat penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi 
melalui kegiatan perniagaan, kan?

wanita sudah memainkan peranan besar di dalam Malaysia 
meninggalkan lelaki jauh ke belakang. lihat contoh.

1. di menara gading, statistik menunjukkan bilangan penuntut dari kaum Hawa mendominasi majoriti institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
2. dalam sektor pertahanan pula, semakin ramai wanita mula memegang senjata dan menjadi polis serta ada yang menjadi juruterbang jet pejuang.

ke mana perginya kaum lelaki? terutama adik-adik lelaki yang berusia belasan tahun tu? hmm, jangan marah.... tapi biasanya kumpulan-kumpulan beliawan ini bagaikan lebih gemar bersenang-lenang dan terlibat dengan pelbagai gejala yang tidak sihat. Kalau tidak, masakan wujud samseng jalanan yang dikenali sebagai mat rempit? pemadam pula melaporkan bahawa hampir 80 peratus penagih dadah juga adalah lelaki!

Apa yang anda faham di sini?

ya, mudah aje. bahawa fenomena semasa ini bagaikan suatu petanda bahawa kaum wanita telah dan akan lebih ramai terpelajar berbanding lelaki. Jika ini berterusan tidak mustahil suatu trend atau senario dominasi intelek boleh berlaku.

Jika suatu ketika dahulu, lelaki terlalu banyak mengadu tentang isteri-isteri mereka yang kurang pendidikan, sekarang terbalik pula keadaannya. Kaum Adam pula yang lebih banyak “bergantung” kepada isteri berbanding berdikari.

Wahai lelaki, anda ketawa? tidak percaya? okey, ketawalah sekarang tetapi jangan fikir ini apa yang aku tulis ni perkara mustahil  sebab kalau golongan belia lelaki terus-terusan hanyut dalam arus ketidakmatangan dan tidak ada pulak yang peduli, maka gejala ini akan berterusan. 'house husband' akan bertambah ramai.

ingatlah bahawa Kuasa Sebenarnya berada dalam Tangan Koloni Yang Bekerja Lebih Keras.

dibimbangi....kaum lelaki malaysia malas, maka situasi di atas akan berlaku apabila pendatang asing lebih keras bekerja daripada penduduk negara kita sendiri. Mereka akhirnya akan membentuk suatu koloni yang lebih kuat dan akan cuba mengambil alih penguasaan negara.

Sejarah telah berulang kali membuktikan apabila sesebuah negara maju dan bertamadun, rakyat akan mula malas dan menyerahkan urusan pertahanan negara kepada golongan pendatang. Senario menyerah senjata sebegini telah terbukti suatu faktor penyumbang kepada kejatuhan empayar kuno seperti Rom dan Sepanyol.

Demikianlah dalam situasi ini, sekiranya lelaki tidak gigih bekerja, mereka akan kehilangan kuasa, pengaruh ke atas keluarga dan masyarakat sekeliling yang sepatutnya, dia yang pimpin. 

Memang benar, sektor korporat dan institut pengajian tinggi belum dikuasai oleh kaum Hawa sepenuhnya. Namun, jika kaum Adam selalu berfikir bahawa mereka adalah tuan atau ketua, asyik mencuri tulang dan sering menyerahkan tugas kepada orang lain, akhirnya kaum Adam akan menjadi terlalu malas untuk menghalang kaum Hawa.

ubahlah sikap anda wahai lelaki. menjadi matanglah atas tanggungjawab anda di masa depan. Ada hati dan usaha pasti boleh! Lihat sahaja, kaum wanita yang dahulu pernah menjadi jaguh di dapur, kini chef-chef di dapur adalah terdiri dari kaum lelaki. Justeru, sekiranya kaum Adam bekerja lebih keras daripada kaum Hawa, KDNK secara keseluruhannya pasti akan melonjak dengan lebih baik.

Namun dalam pada itu, kaum Hawa janganlah menjadi golongan terlampau sehingga hendak melanggar syariat seperti dalam isu Amina Wadud, satu ketika dulu yang mengimamkan solat jemaah lelaki. atau... kerana merasakan diri tu terlalu super, anda pun bergusti atau bersumo. hisy, tak suka.... sangat menjengkelkan!

sumber....sini

sofi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.