apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

11.1.11

LELAKI CONTOH

pernahkah mendengar tentang Anugerah Duta Belia Asia (AYA)? AYA ialah organisasi pembangunan belia tidak berasaskan keuntungan yang bertujuan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk memasang impian dan memenuhinya bersama masyarakat.

Pada tahun 2010, sumbangan dan bakti ikhlas lelaki ini telah membuka mata juri. Saiful Nang, 32, dinobatkan sebagai pemenang anugerah di atas.
saiful : satu-satunya lelaki dalam gambar

Apakah yang melayakkan saiful menerima anugerah setinggi itu? 

saiful ni bekas jurutera yang kehilangan segala-galanya masa ekonomi meleset dahulu. namun berkat kegigihan, dia berubah aliran dan menjadi seorang jurufoto. berkat usaha, dia kini sudah memiliki suatu perniagaan yang merentas hingga ke brunei. 

namun, kerana dia membesar dalam keadaan miskin sewaktu kecil dahulu, dia menginsafi diri. akibatnya dia menubuhkan rumah perlindungan yang kini bertempat di Gombak iaitu Rumah Pengasih Warga Prihatin.
Ketika saya masih kecil, saya tidak pernah dibelikan barangan permainan seperti kanak-kanak sebaya lain. Hidup saya serba kekurangan.
Menyorot kembali kenangan lama dahulu membuatkan Saiful berfikir semula mengenai hala tuju hidupnya. Beliau mahu kelebihan yang dimilikinya sekarang, memberi sedikit kebahagiaan kepada kanak-kanak yang kurang berkemampuan supaya mereka dapat merasai kehidupan masa kecil yang tidak dimilikinya dulu.
Sejak tahun 2005 lagi, saya sudah berusaha mengumpulkan seberapa ramai orang untuk terbabit dengan projek rumah kebajikan kanak-kanak yang kini bertempat di Gombak iaitu Rumah Pengasih Warga Prihatin.
Kini, terdapat kira-kira 20 ahli yang bekerja dengan rumah perlindungan ini, sama ada menyediakan sumber kewangan bagi yang berkemampuan atau memberi perkhidmatan pengurusan kanak-kanak yang berlindung di bawah rumah perlindungan ini.
Jelas Saiful, setelah terbabit dengan anak-anak yatim, anak-anak terbuang dan remaja bermasalah di Rumah Perlindungan Warga Prihatin, barulah beliau dapat merasai kepuasan dalam perjalanan hidupnya, walaupun belum mencapai impian dan sasaran masa hadapan.
Di sini, kami mempunyai 40 kanak-kanak yang tinggal di rumah perlindungan dan lebih kurang 30 yang masih tinggal dengan keluarga masing-masing. Semua dana adalah daripada ahli penaung yang sanggup mengorbankan wang, tenaga dan komitmen bagi melaksanakan niat murni ini
  
KESUNGGUHAN Saiful mewujudkan Rumah Pengasih Warga Prihatin 
berjaya mengukir senyuman di wajah kanak-kanak ini.
sumber:klik sini
sofi... terharu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.