apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

17.1.11

LAI, LAI... MURAH AJE POTONG RAMBUT DENGAN SAYA... LAI!!

lihatlah, kalau hendak seribu daya. ni, yang malas berlambak-lambak kat dunia. tu yang x ada kerja tu???

jadikan apa yang dilakukan oleh anggota tentera ini sebagai pendorong untuk anda berusaha. hendak seribu daya. tak mahu, macam-macam alasan yang orang malas berikan, kan?

Seorang anggota tentera, Mohd. Nafisol Saad, 39, menarik perhatian ramai apabila menjadikan lori satu metrik tan miliknya sebagai kedai gunting rambut bergerak di sekitar Taman Setiawangsa dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur. 

Menurut Nafisol, kerja menggunting rambut pelanggan itu sudah menjadi sumber pendapatan keduanya selepas mendapat sambutan baik masyarakat setempat. 

Katanya, antara punca perkhidmatannya mendapat sambutan ialah bayaran yang dikenakan hanya RM5 untuk dewasa manakala kanak-kanak pula RM4. murah tu! kat sini, hutan melintang ni pun, dua kepala anak jantan aku mesti RM15, huhu...

Kedai gunting rambutnya beroperasi setiap hari kecuali hari Sabtu bermula pukul 6 petang hingga 11 malam di Jalan Taman Setiawangsa dan sekitarnya. - Bernama

sofi: harap lepas ni janganlah pihak penguatkuasa tempatan pi ganggu lelaki ini berniaga. anda ketawa? tak betul ke apa aku cakap? mereka ni (PBT)...kalau dengan orang melayu, bukan main tunjuk power, tapi...kalau dengan orang 'lain' huh.... faham-faham ajelah!!

dipetik dari kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.