apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

29.1.11

kuasa facebook, twitter, internet dan telefon bimbit

di mesir, kerajaan menutup talian komunikasi internet dan telefon bimbit dalam usaha menyekat beribu-ribu aktivis daripada menyertai protes antipemerintah. 

Ketiadaan perkhidmatan Internet menghalang akses ke laman rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter yang menjadi alat komunikasi utama para penganjur protes.

tu dia! betapa berpengaruhnya facebook! betapa berpengaruhnya twitter dalam revolusi anti kerajaan pimpinan Hosni Mubarak yang tak tahu-tahu nak turun meletak jawatan walaupun sudah 30 tahun menerajui mesir tanpa memberi 'peningkatan' ekonomi yang boleh dibanggakan!

Para aktivis menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menuntut hak untuk hidup dengan penuh kebebasan dan bermaruah.

Hampir separuh daripada 80 juta penduduk Mesir hidup di bawah paras kemiskinan berdasarkan kadar pendapatan yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu AS$2 (RM6.11) sehari.

Negara itu mempunyai pendidikan yang berkualiti rendah, kadar pengangguran tinggi telah menyebabkan penduduk gagal memperoleh keperluan hidup yang sempurna. - Agensi

begitulah.... zaman teknologi. hanya dengan fb, semangat kenegaraan akan melonjak naik untuk melawan pemerintah yang bodoh sombong. kat malaysia....boleh ke?

sofi...senyum jekk...

2 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.