Follow Us @soratemplates

1.1.11

KISAH SUAMI ISTERI, DULU DAN KINI

dulu

sekarang

assalamualaikum dan selamat sejahtera

sehari dalam tahun 2011 sudah hampir berlalu. ini bererti umur kita pun sudah meningkat sehari tua. bagi yang sudah berkahwin, umur perkahwinan sudah semakin lama. hmm, bercakap tentang perkahwinan, ingin aku memberitahu anda bahawa, cewah..., inilah tahun ke 25 alam rumahtangga aku dan dia. hmm, sempatkah kami meraikan  jubli perak bersama-sama nanti?

hanya DIA yang tahu.

semakin tua umur perkahwinan kita, segala macam rasa akan mudah menyerang. misalnya....

1. dulu, sayang. 
    sekarang? kurang sayang! 


betulkah? 

pi timbang tengok.. mesti jawapannya, YA! 

kenapa berkurang, ek? 

banyak faktornya! 

iyalah, kan.....


- dulu, semuanya tegang, 
  sekarang dah kendur dah, huhu...

- dulu, 
yes, bang.... yalah, sayang...... okey, darling...... 
  sekarang? 
hei, mana boleh buat macam gitu? awak nilah...
nyanyuk betullah awak ni, letak di tempat lain, cari di tempat lain....
hisy awak ni... ke mana saya pergi nak ikut aje... dah! duduk di rumah! buat blog awak bagi cantik.....
huhu! 

- dulu, 
honey, jom mandi sama-sama... 
mentang-mentanglah anak tak ada lagi, kan? 

 sekarang? 
awak ni... bila nak mandi, hah? dah tua-tua pun mandi nak kena disuruh. geram betullah...

ada ke kes macam gitu? teruk dah tu, kan?

- dulu, 
abang... saya peninglah.... cik abang cakap, iya ke? meh abang tolong picitkan. 
  sekarang? cuba beritahu dia yang anda pening, apa jawabnya? 

"Pening? dah makan ubat? Laa.... takkanlah nak ambil sebiji panadol pun saya nak kena ambilkan? Kenapalah aku dapat bini cam gini, malas bebeno!!!" 

uwaaaa.......

okey... itu di antara rencah pahit manis masam bahagia lawak dalam sebuah rumah tangga. insyaallah dalam entri seterusnya, aku akan berikan tips untuk anda kekal bertakhta di dalam hati si dia. tunggu....

sofi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.