apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

8.1.11

KERANA CEMBURU

assalamualaikum dan selamat sejahtera
wahai lelaki, bacalah kisah ini. jadikan tauladan. jangan ingat nak gah beristeri dua, maklum awak pasang kiri kanan, jiran-jiran.... sorang aje, kan?

ini kisah isteri kedua yang melampaui had. yang sudah diberi betis, lalu mahu paha pulak. cakap mudahnya.... isteri muda yang tak sedar diuntung... 
Mak cik (ibu tiri) tiba-tiba berang lalu melibas parang ke arah adik, tapi nasib baik adik sempat mengelak. Dia kemudian menyerang ibu dan menetaknya berkali-kali di muka dan kepala. Saya yang cuba membantu turut ditetak di kaki. Dalam pergelutan itu, saya sempat merampas parang berkenaan dan mencampaknya ke luar rumah. Mak cik (ibu tiri) berlari ke dalam bilik dan mengurungkan diri, manakala saya keluar mendapatkan bantuan jiran.
tengoklah tu! kalau si isteri tua yang mengamuk, aku taklah geram sangat. yalah, kan... dia berhak sebab suaminya yang dirampas. tapi... kes ni terbalik pulak. si muda yang mengamuk? apa cer?

akibat daripada kejadian itu, Siti Aminah Hanafi, 40-an, parah di muka dan tangan akibat ditetak madunya yang mengamuk dipercayai kerana cemburu. suspek berkahwin dengan suami mangsa dan menjadi isteri kedua sejak lebih setahun lalu. dia yang mempunyai seorang bayi lelaki berusia lapan bulan, dibawa suaminya tinggal serumah bersama madunya sejak dua minggu lalu.

jadikanlah kes ini sebagai iktibar. janganlah anda yang memadukan isteri bertindak bodoh, meletakkan mereka serumah. bila dah jadi begini, bukankah kasihan?

lelaki oh lelaki.... kerana berebutkan andalah...wanita jadi tidak keruan.... aduhaiii...


sofi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.