apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

16.1.11

KEBAIKAN VITAMIN E

pagi ni aku nak senaraikan kebaikan vitamin E dalam kehidupan kita. tapi sebelum tu, kita kena tahu juga dari sumber manakah vitamin yang penting ini dapat kita ambil. 

lihat gambar di sebelah. antara sumber vitamin E ialah jagung, minyak bunga matahari, badam serta gandum.

kebaikan:
1. melindungi kulit dari pancaran matahari
penggunaan 'sunscreen lotions' menyelamatkan lapisan epidermis daripada sinaran ultraviolet cahaya matahari.

2. mengekalkan kelembapan kulit
pengambilan supplement mengandungi vitamin E mencegah dehidrasi kulit. jika anda lihat seorang wanita yang berusia tetapi kelihatan muda dengan wajah yang sihat berseri, itu bererti dia mengambil vitamin E secukupnya, hmm...

3. membantu di dalam menyerap vitamin A
vitamin A seperti yang terdapat di dalam karot penting untuk penglihatan dan kulit yang sihat. walau dalam kuantiti yang sedikit, vitamin A ini perlu diserap oleh tubuh bagi kegunaan di atas. pengambilan vitamin E dapat menolong menyerapnya. 

4. melawan dan mencegah jerawat
menyapu losyen yang mengandungi minyak vitamin E sangat membantu mencegah jerawat atau jeragat dari timbul di permukaan kulit. 

5. mencegah penuaan kulit
Vitamin E ialah sejenis antioksidan. vitamin E melawan radikal bebas dan membuang toksin dalam tubuh. jadi vitamin E penting sebagai agent 'anti-penuaan' kerana bahan-bahan mekap yang mengandungi vitamin E dirumus khas untuk mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di muka. pengambilan supplement dalam 400 milligram vitamin E setiap hari pula akan memperbaiki tekstur kulit anda, dan elakkan daripada dimusnahkan oleh pancaran matahari. 

6.elok untuk kulit yang terbakar (sunburn)
Vitamin E ni sejuk dan sangat berkesan menghalang rasa terbakar. sapukan pada kulit sebelum terkena pancaran matahari bagi melihat kesannya secara positif. 

7. mengurangkan parut
bagi perempuan yang mengandung, anda pasti mempunyai 'stretch mark' di perut. sapukan vitamin E di bahagian tersebut akan menghilangkan kesan parut. ini kerana parut terbentuk oleh collagen dan vitamin E dapat mengurangkan kekuatan ikatan molekul dalam collagen itu.

8. mencegah barah kulit
kerana merupakan satu antioksida dan juga kerana ia dapat melindungi kulit daripada panahan pancaran matahari, gabungan kedua-dua ini sangat bagus dalam melindungi tubuh daripada kanser kulit ataupun masalah kulit yang teruk.

jadi, mulai sekarang pastikan anda makan sumber-sumber vitamin E untuk memiliki kebaikannya.

sofi

translate dari ......sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.