Langkau ke kandungan utama

JANGAN CARI PENYAKIT

dalam hubungan suami isteri, ada beberapa perkara yang harus disembunyikan atau tidak boleh dibincang atau tidak boleh disebut oleh isteri dengan suaminya. nak tahu apa dia? bacalah lagi....

1. mengutuk emak suami iaitu ibu mentua anda. itu memang pantang bagi suami, tau! apatah lagi kalau anda membenci ibunya. memanglah! dia tidak akan teragak-agak meninggalkan anda.

2. anda ada secret admirer? syy.... simpan dalam hati aje. jangan bagitahu suami, okey! dia tidak akan suka. 

3. tidak perlu bercerita tentang masa silam. tentang 'dia' yang pernah menjadi kekasih hati. jangan! suami tak suka dengar.... 

tapi, andai sudah berkahwin dan anda mencuranginya.... anda mesti memohon keampunan suami kerana anda menduakannya dan berharaplah agar dosa kecurangan anda itu dimaafkannya. kalau tidak, tak merasalah bau syurga....

4. suami anda ada kawan baik tetapi anda tidak sukakan lelaki itu. simpan saja perasaan menyampah yang anda rasai. suami tidak akan pernah percaya cakap anda yang teman baiknya itu serba kekurangan. 

5. anda dan suami sudah berumur tetapi anda mengharapkan dia 'gagah' bagai semula. logikkah? tidak, kan? so, jangan sekali-kali membanding-banding kemampuan suami dulu dan sekarang.

6. jangan perlekehkan pekerjaan suami anda. berilah sokongan anda kepadanya sentiasa. dalam susahhh...dalam senanggg....

7. jangan minta cerai. jangan sentuh bab perceraian setiap kali anda berkelahi. lelaki tak suka isterinya minta perkara baik yang paling dibenci Allah itu. kalaupun anda sudah tidak dapat hendak bersabar dengan kerenahnya, mintalah perpisahan cara yang baik, ya!

8. jangan jadi 'queen control' hanya kerana gaji anda lebih banyak. atau jika anda lebih berpendidikan berbanding dirinya. dia pilihan anda, bukan? kenapa harus mengungkit siapa dia bila anda sudah memilihnya, kan?

9. anda ter'bertemu' pakwe lama yang sudah berjaya, malah jauh lebih berjaya dalam karier dan hidup berbanding anda dan suami. ingat ini... jangan sekali-sekali anda membanding-bandingkan mereka. takut dibalingnya anda tikar dan bantal dan dia cakap...
'get lost! pergilah duduk dengan pakwe kesayangan awak tu.. huhu!

okey...harap anda mendapat input berguna yang aku share daripada resepirahsiaku

ini n3 autopublish..

sofi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…