apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

16.1.11

JANDA TUA BAKAL KAHWIN KALI KE 9 DENGAN TERUNA 24 TAHUN. WOW??

ada orang, nak kahwin sekali pun payah. maklum di zaman ini di mana masyarakat asyik mengejar kebendaan, dan pendidikan, perkara berkaitan nikah dan suami/isteri memang jatuh ke nombor 2 atau mungkin 3 dan 4. 

tapi, tidak dengan wanita bernama pat higgins ini. setakat 2007, dia sudah berkahwin dan bercerai sebanyak 8 kali. dan dengarnya, dia akan berkahwin untuk kali ke 9 tak lama lagi. 

wahh, sembilan kali kahwin? hebat niii.....kalah elizabeth taylor, kan?

kenapa aku masukkan kisah dia? sebab.... pasangannya...semua lelaki muda. pat tak pernah kahwin dengan lelaki sebaya atau lebih tua daripada dia. oh ya, pat ni umurnya 56 tahun, tau. dan bakal suaminya yang ke 9 berumur 24 tahun. uwaaa.... sebaya anak aku tu! aduhh.....

kerana selalu berkahwin dan bercerai, pat diberi jolokan 'the black widow' atau janda hitam, hehe... bukanlah! black widow kan sejenis labah-labah yang memakan pasangannya? huh..dahsyat gelaran tu, kan? 

pat higgins tidak pernah peduli dengan gelaran macam tu. katanya...
Lelaki muda lebih seronok daripada lelaki sebaya saya dan mereka sesuai dengan saya kerana saya ingin berseronok sehingga helaan nafas terakhir. Saya sentiasa muda di hati, jadi lelaki muda lebih sesuai dengan saya. Saya tidak melakukan kesalahan, saya tidak membunuh sesiapa atau melakukan perkara yang menyalahi undang-undang. Pasangan suami isteri bercerai sepanjang masa, jadi saya tidak faham mengapa orang lain mengadili saya.

itulah tentang seorang wanita yang 'istimewa', wanita tua yang sentiasa mendapat layanan lelaki-lelaki muda. 

hebatkah dia?? 

mana aku tahu...hehe!!!

sofi 

2 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.