apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

31.1.11

jalan pantai dalam yang sesak dan sempit. mau gaduh ka...??

SEMPIT...pemandu bas terpaksa memberhentikan kenderaan di tengah jalan raya untuk mengambil dan menurunkan penumpang akibat jalan yang terlalu sempit.
pernahkah anda melewati Jalan Bukit Angkasa, Pantai Dalam? 

orang-orang yang tinggal di kawasan itu pasti tahu dan sentiasa mengeluh bila hendak keluar rumah atau hendak balik. deretan kenderaan yang diletak sesuka hati di kiri dan kanan jalan terutama ketika waktu puncak adalah perkara yang menyakitkan hati sehingga boleh mencetuskan pergaduhan di kalangan pengguna jalan raya.

keadaan jadi lebih teruk jika kesesakan itu disebabkan oleh bas awam yang melalui kawasan terbabit memberhentikan kenderaan di tengah jalan raya untuk mengambil dan menurunkan penumpang ekoran laluan yang amat sempit.

sudahlah jalan sempit, ada pulak yang 'ngong' pi letak kenderaan mereka sesuka hati di bahagian tepi jalan raya mengakibatkan laluan sentiasa sibuk dan menyebabkan risiko berlaku kemalangan bertambah. kejadian ni bukan baru malah dah bertahun-tahun dah. mungkin kerana kepesatan pertumbuhan kawasan berkenaan yang membuatkan jumlah penduduk meningkat sekali gus menjadikan kawasan itu penuh sesak saban hari.

masalah meletakkan kenderaan sesuka hati menyebabkan terjadi pergaduhan kecil antara penduduk di kawasan itu walaupun perkara itu sudah beberapa kali dibincangkan bersama persatuan penduduk, tetapi sehingga kini belum menemui penyelesaian terbaik kerana ia bukan saja membabitkan penduduk, tetapi juga orang awam.

sesiapa yang terlibat, juga organisasi-organisasi terbabit, segeralah ambil tindakan. buatlah apa yang patut tapi dengan kadar segera supaya tiada nyawa akan terkorban atau tidak berlaku pergaduhan besar hanya untuk berebut tempat parkir. 

sumber: metro

sofi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.