Langkau ke kandungan utama

ISTERINYA HILANG...

aku coretkan di sini kedukaan seorang suami yang baru mendirikan rumah tangga awal disember, 2010. baru berkahwin, sepatutnya, hidup masih dalam mood bulan madu, kan? malangnya, lelaki ini tidak begitu. dia sudah kehilangan isteri kesayangannya. 

mati? oh tidak.... bukan mati! nauzubillah... isterinya hilang. atau menghilangkan diri, entahlah.. kasihan aku membaca rintihan lelaki ini. sebak pun ada. anda hendak tahu kisahnya? bacalah di bawah... aku x edit langsung. bacalah...

SUNGAI PETANI: 
Saya dan isteri (Muzalifah) tiada sebarang perselisihan faham, apatah lagi kami berdua baru saja berkahwin awal Disember lalu.
kata Hidayat Hasan Saari, 25, suami kepada Muzalifah Md Isa, 23, yang menghilangkan diri sejak awal bulan ini. Hidayat yang bertugas sebagai anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berpangkalan di Bintulu, Sarawak, berkahwin dengan Muzalifah dari Sungai Gelam, Merbok, dekat sini pada 6 Disember lalu.


Katanya, isterinya tinggal bersama ibu bapanya dan dia terkejut apabila diberitahu bapa mentuanya Muzalifah keluar dari rumahnya membawa beg pakaian dengan alasan mahu mencari kerja di Alor Setar pada 1 Januari lalu. Sebelum itu kira-kira jam 11 pagi hari sama, isterinya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) menyatakan hasrat hendak ke Johor bagi memulakan kehidupan baru.
Dia memohon maaf dan meminta saya menghalalkan makan minumnya selama kami hidup bersama. Saya sangat terkejut kerana sebelum itu isteri begitu mesra dan manja dengan saya ketika menghubunginya pada 31 Disember lalu. Saya cuba menelefonnya berulang kali, namun gagal kerana telefon bimbitnya dimatikan. Saya tidak menyangka sama sekali Muzalifah keluar daripada rumah keluarganya tanpa memberitahu ke mana dia pergi. Itulah mesej terakhir daripadanya dan selepas itu tiada berita malah usaha mencari oleh keluarganya di rumah saudara serta rakan gagal menemuinya.
Hidayat berkata, dia segera pulang dari Bintulu pada 4 Januari lalu bagi mencari isterinya, namun gagal menemuinya sehingga ke hari ini.

“Mungkin dia kecil hati kerana saya tidak membawanya pulang ke Bintulu selepas kami berkahwin selain tertekan kerana diberhentikan kerja pada hujung tahun lalu. Bukan saya tidak mahu membawanya tinggal di Bintulu, tetapi saya mahu membuat sedikit kejutan, sebab itu saya tidak memberitahunya terlebih dahulu, tetapi tidak menyangka ini yang berlaku. Saya merayu supaya dia segera pulang ke pangkuan saya dan saya minta maaf jika ada salah faham sehingga dia berkecil hati,” katanya.

Berikutan itu, satu laporan dibuat di Balai Polis Sungai Petani mengenai kehilangan Muzalifah.


Mereka yang mengetahui atau ternampak Muzalifah diminta menghubungi Hidayat di talian 017-4780813 dan bapanya, Md Isa Samsudin di talian 019-5693203 atau balai polis berhampiran.


semua ini dalam metro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…