apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

27.1.11

Isteri, janganlah biarkan suami anda lesu ke pejabat, okey!

pagi ini, cerialah aku sedikit nampaknya. mana tidaknya, dah terbaca berita lucu ini di pagi begini? 

tentang apa? alaaa.... tentang seorang lelaki di berlin, jerman.

lelaki ini orang turki. dia telah meminta perlindungan polis daripada  isterinya yang kerap meminta melakukan hubungan seks, kata polis semalam.

ha, kan dah? anda pun sedang ketawa, betul tak?

nak tahu? selama lebih 4 tahun, lelaki itu telah tidur di sofa untuk mengelak daripada tuntutan isteri yang telah dikahwini selama 18 tahun.

kenapa lelaki ini berusaha mengelak sehingga tahap hendak bercerai dengan isterinya, ya? sebab....

dia hendak pergi ke tempat kerja dalam keadaan yang cergas sepenuhnya, sesuatu yang mustahil dibuat sekarang akibat gangguan isteri saban malam.
- AFP

nyatalah... hidup bukan semata-mata untuk 'itu'. iyalah.. kalau dah asyik letih lesu ke pejabat, apahal pulak, kan? macam-macam....

sofi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.