apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

11.1.11

INTERLOK



masyarakat muda kaum india di malaysia, zaman ini, harus belajar menghormati orang. harus diperingatkan tentang masyarakat malaysia yang berbilang kaum dan juga harus diingatkan supaya rajin membaca. jangan bertindak sesuka hati tanpa usul periksa! 

novel interlok itu bukan novel yang baru diterbitkan semalam. novel ini sudah berusia 40 tahun. kalau 40 tahun dahulu, ia boleh diterima oleh generasi lama kaum india, kenapa sekarang, apabila ia hendak dijadikan buku komsas di sekolah menengah, hak tersebut dinafikan? 

hey, bacalah dulu! jangan ikut sangat kemarahan yang tidak tahu hujung pangkal tu! baca! baca! baca!
TIADA apa yang lebih meremukkan hati seorang penulis apabila melihat karyanya dihina dan dipolitikkan pihak tertentu hanya kerana kandungannya tidak difahami secara keseluruhannya. Itulah yang dirasakan oleh Sasterawan Negara, DATUK ABDULLAH HUSSAIN, 91, ketika menatap gambar sekumpulan penduduk kaum India membakar novel Interlok karya beliau di Klang, Selangor yang disiarkan akhbar ini (utusan malaysia), dua hari lalu.
sebagai seorang penulis, walaupun hanya picisan, aku dapat menyelami hati insan bernama abdullah hussain ini. kalau karya kita dikomen sikitpun, kita rasa sebak, inikan pula ia dijadikan satu isu besar sedangkan niat menulis itu adalah ikhlas....
Dalam linangan air mata, Abdullah yang ditemui oleh wartawan Utusan Malaysia, MOHD. KHUZAIRI ISMAIL bersama jurugambar, HAFIZ JOHARI di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor, semalam turut melahirkan kekesalan yang mendalam apabila karyanya yang diterbitkan 40 tahun lalu disalahertikan oleh pihak tertentu.
di bawah ini, ialah soalan dan jawapan antara mereka:-

s1. Bagaimana perasaan Datuk dengan apa yang menimpa karya Interlok?
j1. ABDULLAH: Saya berasa dukacita kerana maksud saya baik, tetapi orang salah menerima.
s2. Apa yang tidak difahami oleh kaum India menerusi buku Interlok itu?

j2. ABDULLAH: Di India (terutamanya di India Selatan), masih kuat dengan fahaman ‘paria'. Saya ikut Mahatma Gandhi. Tetapi orang India di sini cuba melupakannya.

s3. Apa sebenarnya yang cuba disampaikan menerusi Interlok?
j3. ABDULLAH: Ia merupakan kisah Maniam, iaitu watak utama seorang India dari India Selatan. Dia gembira kerana tidak ada perbezaan kasta di sini. Dia seronok menaiki kapal bersama orang India yang lain dan seronok apabila sampai di Pulau Pinang. Dia gembira kerana tidak ada perbezaan kasta di Malaysia.

s4. Nasihat Datuk kepada kaum India yang menolak buku ini?
j4. ABDULLAH: Baca betul-betul (Interlok) apa maksud sebenar saya tulis. (Saya) bukan mahu menghina masyarakat India.

s5. Datuk masih menulis?
j5. ABDULLAH: Saya tidak lagi boleh menulis. Menulis memerlukan saya bergaul dengan banyak orang.
.....................
aku harap, isu ini akan selesai secepat mungkin. jangan layan sangat orang-orang yang hanya tahu menimbulkan kekecohan.

sumber?    klik kat sini
sofi


4 ulasan:

  1. Politik semata-mata.. Orang yang bakar buku tu bukan baca habis pun..

    Sebab tu kadang2 kita tengok orang macam tu, kurang score dalam bahasa melayu masa SPM..

    Setuju?

    BalasPadam
  2. sbnrnya yg dok bakar tu mmg low class nyer org... mmg x baca buku la... lebih rendah dr "paria" tu...

    geram lak bila isu interlok ni...

    BalasPadam
  3. @alreinsy
    mmg sgt geram.... meluat pun ada

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.