apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

26.1.11

Inisiatif JPJ... tahniah!

apabila berlaku kemalangan jalanraya, kita sering bertanya apakah post-mortem yang dibuat jpj ataupun polis trafik. sering, kita merungut kerana tindak ikut jarang dibuat, kalau buatpun ibarat melepaskan batuk di tangga sahaja. 

syabas dan tahniah kepada pegawai jpj yang akhirnya berinovatif untuk melakukan sesuatu semalam. 

semalam, pegawai tersebut menyamar sebagai penumpang dalam sebuah bas ekspres dari Bukit Jalil ke Kuantan dan, pastinya pegawai ini terkejut bila mendapati betapa pemandu bas terbabit tanpa rasa bersalah telah melakukan 4 perkara yang tidak sepatutnya dibuat semasa memandu. 

nak tahu apa dia?

1. leka berbual menggunakan telefon bimbit ketika memandu tanpa menggunakan alat bebas tangan.

2. memandu laju malah menggunakan lorong sebelah kanan sepanjang perjalanan.   

3. menukar lorong secara tergesa-gesa tanpa memberi isyarat sehingga membahayakan nyawa penumpang dan pemandu kenderaan lain.

4. mengambil empat penumpang secara tidak sah dipercayai rakannya yang tidak mempunyai tiket perjalanan.

yang bestnya, pemandu terbabit tidak menyedari setiap tindak tanduknya diperhatikan pegawai tersebut. kerana kelalaiannya itu, dia ditahan JPJ sebaik tiba di Stesen Penguat Kuasa JPJ, Gombak.

macam tulah... baru rakyat sayang pada jpj. jangan asyik hendak menyaman orang sahaja. hehe...

terima kasih jpj atas inisiatif anda itu. kami, rakyat malaysia amat menghargainya. 

sofi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.