apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

26.1.11

Hidup berteman ubat

syikin terpaksa makan ubat prednisolon bersama-sama pelbagai lagi jenis supplement, setiap hari, sejak dia disahkan mengidap SLE. 

sebenarnya ini ialah fenomena biasa bagi semua pengidap penyakit kronik di dunia ini. hidup mereka bergantung kepada ubat-ubatan. 

tanpa ubat? wallahualam. 

anak aku bernasib baik kerana dia masih muda dan boleh bergerak ke sana sini. tetapi tidak bagi wanita bergelar ibu tunggal ini. 

selama 14 tahun di samping menghidap masalah darah tinggi, kencing manis serta jantung dan perlu memakan pelbagai jenis ubat-ubatan seolah-olah sudah mencari rencah kehidupan harian bagi Hamimah Shukur, 58.

sepanjang 10 tahun disahkan menghidap penyakit berkenaan dan hanya dengan memakan ubat yang diberikan, Hamimah masih mampu bertahan hingga ke hari ini.

walaupun begitu, dia tidak pernah merungut ataupun mengeluh kerana sudah terbiasa dengan keadaan itu walaupun berat mata yang memandang tetapi berat lagi bahu yang memikul.

katanya, semua diterima dengan reda dan selagi boleh berusaha untuk menghadapinya, dia akan melakukannya sungguhpun amat perit untuk dilalui.
Pelbagai jenis ubat yang perlu saya ambil mengikut masa ditetapkan setiap hari. walaupun ada kalanya ia amat memeritkan tetapi perlu dilakukan untuk kesihatan diri. Saya hanya boleh duduk saja dan tidak lagi mampu untuk melakukan kerja harian. Jika sebelum ini saya masih lagi boleh memasak tetapi kini tidak lagi mampu untuk melakukannya.
bacalah rintihan hati wanita ini dalam sini
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.