Langkau ke kandungan utama

HARTA DUNIA

ni kehidupan semasa kaya di dunia....
di sinilah anda bersemadi, seorang diri...
sekaya manapun anda waktu di dunia dahulu

Kisah perebutan harta pusaka oleh kaum kerabat memang selalu kita dengar sebaik seorang yang berharta meninggal dunia. daki dunia itu terus menerus menjadi rebutan selagi rasa tidak puas hati dan rasa tidak cukup menguasai fikiran. rasa kasihan kepada yang sudah mati tidak ada dalam diri mereka. yang mereka tahu, harta itu untuk mereka jadi ia perlu direbut daripada orang-orang yang mereka anggap tidak layak mendapatnya. 

aku paparkan kisah ini bukan untuk mengata, ya. tapi, untuk kita renungkan sejenak sifat tamak manusia. 

lelaki kaya ini pernah berkahwin dengan seorang wanita dan mendapat anak lelaki. namun jodoh mereka pendek dan dia tinggalkan mereka ketika si anak berusia 5 tahun.

dia kemudian berkahwin dengan seorang wanita dan mendapat dua orang anak. hasil kerajinannya, dia dapat mengumpul harta bernilai RM400 juta. banyak, kan?

bila lelaki itu mati, dia meninggalkan wasiat yang tidak disangka-sangka oleh si ibu tiri. anak lelaki yang tidak diendahkan semasa hidup, dilantik sebagai salah seorang pentadbir harta, bersama-sama ibu tiri tadi dan dua anak perempuan iaitu adik-adik perempuan sebapanya.

apa lagi? melentinglah si isteri itu! apa hak anak lelaki itu dimasukkan ke dalam wasiat? lalu dia memasang peguam untuk menentang wasiat tersebut. sewaktu perbicaraan di mahkamah tinggi dulu, penentangannya tidak diterima. 

masih tidak berpuas hati, kes dibawa ke mahkamah rayuan. sekali lagi, keputusan tidak berpihak kepada si ibu tiri. 3 orang hakim mahkamah rayuan itu sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan si anak lelaki bertindak selaku pentadbir bersama terhadap harta tersebut. Panel berkenaan turut memerintahkan ketiga-tiga perayu menjelaskan kos guaman berjumlah RM40,000 kepadanya.

begitulah hidup, kan. macam kata justin timberlake, 
what goes around, comes around...
waktu dia kecil, kasih sayang seorang ayah dirampas daripadanya. bila dia dewasa, tanpa diminta, dia diberi haknya. Allah maha adil.... percayalah. 

bagi aku, cukup-cukuplah merebut-rebut tu! bila mati, semua harta itu akan ditinggalkan juga. kalau sayang pada si mati, bukankah doa daripada anak yang soleh lebih diperlukannya? bukankah harta yang banyak disedekahkan dapat meringankan seksa kuburnya? 

renung-renungkanlah!

sofi.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…