Langkau ke kandungan utama

HAMBA KEPADA RAKUSNYA LELAKI


assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bagi aku, ini satu berita yang menggemparkan, tapi aku tak tahulah apakah anda berkongsi ke'terperanjat'an aku...

aku baca berita ni di yahoo malaysia. katanya, maklumat tu didapati dalam harian metro malangnya bila aku cari di hmetro, tak jumpa pulak. tapi, tak apalah.... aku translatelah sikit, harap kita sama-sama faham.
Kuala Lumpur (The Star/ANN) - A female guard of a local council in Malaysian state of Selangor was allegedly forced to become a sex slave to three enforcement officers there for three years, Malaysian newspaper Harian Metro reported.
seorang pengawal keselamatan, perempuan, bagi sebuah majlis tempatan di Selangor membuat laporan polis ke atas 3 pegawai atasannya atas dakwaan dirinya dipaksa oleh mereka untuk menjadi hamba seks selama 3 tahun.

suami perempuan ni berumur 60 tahun, cakap, dia tak sangkalah pulak bahawa sikap suka menyendiri isterinya selama ini serta alasan-alasan bekerja di hujung minggu dan hari kelepasan awam adalah alasan isterinya untuk 'bermain' dengan ketiga-tiga orang lelaki durjana itu.
 
Rahsia itu bagaimanapun terdedah bila si isteri yang sudah berhenti 'quit' selama setahun, menimbulkan kecurigaan suami bila isteri itu berkata dia hendak balik kampung untuk jaga rumah emaknya yang pada ketika itu sedang menunaikan haji. 

kalau anda hendak tahu lebih lanjut, tekan aje link kat atas tu. bagi aku, cukup setakat itu ajelah.... aku cuma hendak menyentuh soal akhlak mereka itu sahaja. 

nilai moral remaja yang sudah luntur... itu masih boleh diterima akal tetapi bila lelaki dewasa berbuat begini, tak ubah macam cerita lucah sahaja, apakah halnya? dan si wanita itu.... selama 3 tahun tu?? apakah masih boleh dianggap satu perkosaan? 

tapi aku akur, seorang itu tidak bersalah selagi belum diadili di mahkamah, kan? 

sofi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…