apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

13.1.11

GANJARAN ATAS KEJAYAAN

jasamu dikenang.... anda berbakti mengharumkan nama negara, dan anda mendapat ganjarannya. tahniahlah!! woo... masyuk... jeles I, hehe..

Kejayaan pasukan Harimau Malaya menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 pada 29 Disember lalu terus diraikan apabila semalam kerajaan mengumumkan insentif saham amanah serta wang tunai berjumlah RM65,000 kepada setiap pemain dan jurulatih.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata setiap pemain dan jurulatih akan menerima unit Amanah Saham Wawasan 2020 bernilai RM50,000 yang tidak boleh dikeluarkan sehingga tempoh 10 tahun.

Mereka juga akan menerima insentif khas daripada kerajaan sebanyak RM10,000 seorang dan Skim Kemenangan Sukan Majlis Sukan Negara RM5,000. 
Kerajaan juga akan menaja latihan pemain dengan kelab ternama sebagai persiapan masa depan sukan bola sepak negara.
Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki buat julung kalinya menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 selepas menang 3-0 di Bukit Jalil dan kalah 2-1 di Jakarta. 

Dalam konteks keseluruhan rakyat, semangat juang pasukan negara itu boleh dijadikan contoh bahawa untuk berjaya bukan saja perlu memiliki kemahiran tetapi juga kemahuan dan membentuk pemikiran serta keyakinan untuk mengatasi cabaran. 
Kejayaan membuktikan pemain mempunyai kekuatan minda dan kuasa permainan yang luar biasa. Selain memerlukan kemahiran dan teknik, kita berbangga dengan daya juang dan kekuatan mental mereka. 
apa yang pemain dapat? kira, ya! hmm....

dari Kerajaan 
RM50,000 unit Amanah Saham Wawasan setiap seorang RM10,000 insentif setiap seorang Skim Hadiah Kemenangan Majlis Sukan Negara (MSN) - RM5,000 setiap seorang 
 dari kerajaan Negeri 
Kedah - RM5,000 (Mohd Khyril Muhymeen Zambri, Khairul Helmi Johari, Mohd Sabre Mat Abu, Mohammad Faizal Abu Bakar, Amar Rohidan) 
Terengganu - RM5,000 (Mohd Sharbini Alawee Ramli, Mohd Ashaari Shamsuddin, Mohd Muslim Ahmad, Izzat Faris Ramlan, Mohd Faizal Mohamad, Norshahrul Idlan Talaha) dan satu lot tanah seorang 
Perlis (Yayasan Pok & Kassim) - RM5,000 (Amar Rohidan) Kelantan - Rumah (Khairul Fahmi Che Mat) 
Perak - RM10,000 (Mohd Safee Sali) - RM5,000 (Mohd Sabre Mat Abu, Mohamad Fadli Mohd Shas) 
sumber ialah bharian

sofi


2 ulasan:

  1. tahniah buat malaysia...waah2...byk kan diorg dpt huhu

    BalasPadam
  2. @efa
    memang banyak... RM65000 wow!

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.