apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

8.1.11

FROM RAGS TO RICHES - CEWAH, CAKAP OMPUTIH PULAK...

assalamualaikum dan selamat sejahtera
Homeless Man, Golden Voice

Kali pertama aku baca tentang Ted Williams ni ialah beberapa hari lepas di yahoo. memang terpegun juga bila mendengar rakaman suara dia. tak percaya? dengarlah..  sini

ibarat 'from rags to riches' begitulah nasibnya berubah. pengemis memiliki suara emas, Ted Williams kini ditawarkan untuk berlakon dalam filem terbitan pelakon dan pengarah terkenal, Jack Nicholson, lapor Entertainment Tonight kelmarin.

Tawaran itu adalah yang terbaru selepas dia tiba-tiba menjadi popular di Amerika Syarikat (AS) dan mendapat banyak tawaran untuk menggunakan suara emasnya dengan bayaran lumayan selepas satu klip video menunjukkan dia mengemis disiarkan di Internet. antara tawaran diterima:-
1. penyumbang suara bagi memberitahu perkembangan pasukan bola keranjang Cleveland Cavaliers dalam liga Bola Keranjang Nasional (NBA).
2. merakamkan iklan Kraft Macaroni & Cheese yang akan disiarkan di saluran Rangkaian Hiburan dan Sukan (ESPN) semasa perlawanan Fight Hunger Bowl pada perlawanan akan datang.
3. seorang ejen pencari bakat, Shane Cormier berkata, dia boleh menjadikan Williams jutawan kerana keunikan suaranya.
4. "Jack Nicholson telah menghubungi seorang ahli keluarga saya yang kebetulan berada di Columbus, Ohio. Mereka akan menerbitkan sebuah filem dengan Jack memainkan watak sebagai seorang deejay. Dia mahu saya berlakon bersamanya," kata Williams.

tuah ayam nampak di kaki, kata orang tua-tua. tuah dia ni? bila dah di usia emas. hmm.....

Nasib Williams yang berusia 53 tahun itu berubah serta-merta selepas seorang jurugambar akhbar Columbus Dispatch merakamkan gelagatnya bercakap meminta bantuan dengan menggunakan suara emasnya di tepi jalan di Houston Street, Columbus, Ohio. Jurugambar itu kemudian menyebarkan rakamannya itu di Internet. Semasa rakaman itu, ted williams meminta bantuan kewangan dengan tangannya memegang cebisan kotak mengandungi ayat yang memperkenalkan dirinya sebagai bekas juruhebah radio. Dia kemudian bercakap seperti aksi deejay radio.

anda bacalah kisah ted williams ini dengan pautan link di bawah. agar nanti ia boleh dijadikan iktibar. 

sumber: kosmo


sofi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.