emak hebat lahirkan anak ultra hebat!

usia anak kembar  ini baru 10 tahun, tetapi Estephe dan Perrine Corlin telah dapat skor semua A dalam kertas Matematik peperiksaan Sijil Awam Antarabangsa Pendidikan Menengah yang biasanya diambil oleh pelajar 16 tahun. hebat, kan?

siapakah mereka berdua ini? nak tahu, mereka ini anak kembar kepada bekas perenang negara, rosalind wong dengan suaminya, sorang lelaki perancis. 

kenal rosalind wong? tak? googlelah....

kata rosalind, kejayaan anaknya adalah hasil daripada jadual ketat yang direka khas untuk kejayaan yang meniru gaya Amy Chua, penulis buku berbangsa Cina-Amerika bertajuk Battle Hymn of the Tiger Mother.

rutin mereka:
- bangun pagi jam 5.30 terus berenang selama 90 minit.
- baca maths/fizik selama setengah jam sebelum pergi ke sekolah pada pukul 8.30 pagi.
“Anak-anak saya akan menyambung semula latihan berenang pada pukul 5 petang. Mereka membuat kerja rumah atau menelaah selama 45 minit pada hari biasa dan tempoh itu akan lebih panjang pada hujung minggu,” 
patutlah cemerlang ada jadual hidup. terurus dan very disciplined. kena ikut ni......

sofi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

Yang Terakhir: Versi Cerpen

Inikah Cinta? : Versi Cerpen