Langkau ke kandungan utama

e-khidmat suatu keselesaan!

MyEG
anda masih berbaris ke jika nak bayar bil astro? bil elektrik? mahupun bil air? laa... kenapa? tak letih menunggu ke? 

aku? sedang berjinak-jinak dengan penggunaan e-khidmat. 

kena pandai internet? hisy... tidaklah! siapa cakap? kena tahu guna... tu aje.... tak perlu pandai. 

kenapa e-khidmat? kenapa internet? 

mudah aje jawapannya tu. 

sebab hari ini, internet banyak membantu kita dalam mempertingkat gaya hidup dan kualiti kehidupan. ini kerana dengan e-Khidmat kita boleh melakukan sebarang urusan berkaitan dalam keselesaan rumah kita sendiri. 

aplikasi e-Khidmat membawa aspirasi untuk menawarkan pendekatan tambah nilai bagi memuaskan hati pelanggan.

portal-portal dalam talian yang membantu rakyat Malaysia untuk menjalankan transaksi bersama pelbagai agensi kerajaan kesemuanya melalui satu portal termasuklah Rilek e-Services  (www.rilek.com.my) dan MyEG Services Berhad (www.myeg.com.my).

antara faktor-faktor yang menghalang kita daripada menggunakan e-Khidmat adalah kurangnya kesedaran dan isu-isu keselamatan, menyangka ia membabitkan prosedur rumit serta kurang keyakinan. ada yang tidak pandai menggunakan teknologi, takut untuk mendedahkan identiti sebenar dalam Internet.

kawan-kawan, menggunakan portal web adalah semudah A-B-C. Setiap laman menawarkan maklumat yang mencukupi dan hala tuju yang jelas untuk mendaftar serta menggunakan khidmat-khidmat yang ditawarkan.

laman e-khidmat yang popular ialah pdrm. mungkin sebab orang ramai menyemak saman mahupun mengambil kesempatan daripada inisiatif diskaun saman PDRM.

portal jpj juga selalu sibuk. ini kerana orang ramai sentiasa  memperbaharui lesen memandu, cukai jalan, insurans dan memohon lesen L.

Khidmat portal Telekom Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pula membolehkan pengguna melakukan bayaran bil secara dalam talian sementara portal Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membantu orang ramai menyemak dan membayar cukai taksiran dan yuran pelbagai lesen.

Portal Jabatan Imigresen membenarkan orang ramai memperbaharui permit kerja pembantu rumah.

yang ini, ramai yang tak tahu. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), melalui portalnya menawarkan penggantian MyKad yang boleh siap dalam masa 24 jam!

so, apa tunggu lagi? dah ada internet di rumah, kan? gunalah kemudahan yang ada. lebih mudah, cepat dan lebih selamat. 

sofi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…