apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

18.1.11

DUIT SYILING BERTABURAN SELEPAS KEMALANGAN.

katalah anda dalam kereta dan sedang mengekori sebuah lori. tiba-tiba, datang bmw dan hentam lori di depan anda hingga terbalik. kemudian anda dapati, dari lori itu banyakkkk... duit syiling bertaburan jatuh. apakah hendak dibiarkan sahaja? 

REMBAU 18 Jan. – Kebiasaannya orang ramai tidak berani menghampiri kemalangan jalan raya, lebih-lebih lagi jika ia berlaku di tengah lebuh raya.

Namun keadaan itu berbeza hari ini apabila pengguna lebuh raya sanggup bergadai nyawa untuk mengutip duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang bertaburan sepanjang 100 meter di atas Lebuh Raya Utara-Selatan dan kawasan rumput berhampiran di sini.

Semuanya disebabkan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) Toyota Hilux yang membawa sebuah peti besi besar berisi duit syiling dirempuh sebuah kereta BMW sebelum terbabas dan terbalik di Kilometer 234, susur keluar Pedas, dekat sini, petang ini.

Ketika ini, orang ramai masih berpusu-pusu mengutip lebihan duit syiling sehingga anggota polis terpaksa mengawal keadaan kerana bimbang kejadian lebih buruk akan berlaku di lokasi kejadian. – Utusan

aku? kalau aku ada di situ? anda rasa, apa aku buat? hehe... suka hati andalah nak fikir apa, kan?

sofi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.