Langkau ke kandungan utama

dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

anda akan dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 
hukuman untuk apa ni? anda tahu tak? tak? 

meh, aku nak bagi tau pada anda semua. 

tuan-tuan, puan, adik, kakak...anak-anak.....
hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali itu ialah hukuman, jika sabit kesalahan, di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyembunyikan kelahiran dan cuba membuang bayi.
lihatlah, betapa ringannya hukuman dunia terhadap satu kesalahan yang amat besar di sisi agama. itu belum lagi kita melihat kepada hukuman yang dikenakan kepada pesalah zina. mungkinkah hukuman yang tidak seberapa ini salah satu penyumbang kepada berleluasanya kejadian membuang bayi? 

bagaimana kalau bayi itu dibuang dalam longkang dan mati? apakah itu juga hukumannya sedangkan si ibu tadi sudah menjadi pembunuh? 

bagaimana kalau bayi itu ditinggalkan di tepi jalan dan menjadi makanan anjing liar dan mati tinggal tulang belulang, apakah hukuman ini cukup adil kepada ibu yang berhati binatang? 

aku sedih! sedih memikirkan wanita-wanita terutama melayu yang beragama islam,bukan sahaja tidak insaf kerana sudah berzina tetapi juga tidak adil kepada bayi yang dilahirkan lalu membuangnya seperti sampah. 

sampai bilakah gejala ini dianggap kecil oleh pihak yang bertanggungjawab?

sofi

Ulasan

  1. Alaaaa....dua tahun jer takut apa? bayar denda, duit banyak senang jer bayor? Sebab tu makin banyak bayi janin dibuang sana sini. Kalu takleh sebat rotan sebab kasihan...arak jer naik keta mayat tulis kat situ AKU PENZINA, BUANG BAYI, BUNUH BAYI... takotttt maluuu.

    BalasPadam
  2. @mamawana
    setuju sangat... 2 tahun aje nak takut apa, kan?

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…