apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

22.1.11

DIA PERGI JUGA...

assalamualaikum.........

sejak hari rabu kami asyik berulang-alik ke hospital. melihat keadaan 'dia', hati kecil ini kuat mengatakan bahawa aku akan kehilangannya. apatah lagi bila doktor menyatakan keadaan dia adalah kritikal. serangan jantung sekali ini amat berbeza. kata doktor, degupan jantungnya terhenti, dan darah tidak mengalir ke otaknya menyebabkan dia koma. 

semalam, khamis, 20.1.2011, jam 5:54 petang, dia pergi meninggalkan kami. pergi dijemput ilahi buat selama-lamanya. dia tidak mungkin kembali lagi......

al fatihah buat ayahanda tersayang, allahyarham arshad bin idris. sedih sungguh melepaskan abah pergi tapi apakan daya, Allah lebih menyayangimu. doa kami, anak-anakmu, abah.... tenanglah abah di sana. 

amin...... 

5 ulasan:

  1. takziah kak..
    smg rohnya dicucuri rahmat..
    amin..

    BalasPadam
  2. Alfatihah. Sabarlah. Semoga ayahanda ditempatkan bersama org2 yg solleh. Amin.

    BalasPadam
  3. Ucapan takziah utk kak sofi, diiring dgn alfatihah untuk almarhum ayahanda, sabar ya, kak, yg hidup tetap akan pergi meninggalkan bumi dan hanya amalan yg baik dan doa anak yg soleh/solehah akan menemani.....akhirnya kita entah bagaimana

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.